0 comments

Munsyeed TV: Media Nasyid Interaktif

by on November 21, 2010
 

mtv

Munsyeed akan muncul dengan medium media terbaru yang lebih interaktif berjudul Munsyeed TV. Munsyeed TV dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2011.

Munsyeed TV merupakan media interaktif yang bakal menyiarkan temuramah eksklusif yang dijalankan oleh pihak Munsyeed, rakaman event berkaitan nasyid, video klip eksklusif, ucapan artis dan banyak lagi slot yang bakal menghiasi Munsyeed TV.

Sebagai permulaan, Munsyeed TV yang merupakan channel di laman www.youtube.com akan beroperasi dengan menyiarkan beberapa video klip artis nasyid underground sebagai usaha Munsyeed mempromosi dan menyokong kewujudan mereka.

Dari semasa ke semasa, Munsyeed akan berusaha mendapatkan keizinan dari artis nasyid dan syarikat pengurusan bagi setiap penyiaran video klip yang disiarkan di Munsyeed TV kelak. Semoga usaha yang kecil ini mendapat kerjasama dan bantuan daripada semua pihak.

Untuk menonton Munsyeed TV, sila layari www.youtube.com/munsyeed. Mereka yang mempunyai akaun Youtube boleh subscribe Munsyeed TV di Youtube.

-MUNSYEED.COM


Leave comment | Tinggalkan komen

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...