3 comments

Adi Akmal Jadi Pembaca Berita TV AlHijrah

by on December 5, 2010
 

Adi Akmal, 24, telah disunting oleh TV AlHijrah sebagai wartawan penyiaran dan pembaca berita stesen TV tersebut. Adi Akmal yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum ini pernah menjadi pengacara bagi rancangan U-Remaja, sebuah rancangan terbitan JAKIM di TV1.

Adi Akmal menyifatkan tawaran ini sebagai satu peluang keemasan bagi beliau mengembangkan bakatnya dan mempelajari perkara yang baharu. Beliau yang juga vokalis kumpulan Devotees mendapatkan bimbingan daripada Nizal Muhammad, bekas personaliti TV dari Media Prima yang kini menjadi Jururunding Pengacaraan.

Dalam bidang nyanyian, Adi Akmal, selaku vokalis kumpulan Devotees telah tampil dengan album sulung mereka berjudul Tika Dinihari. Devotees kini sudah bersedia untuk tampil dengan album baru yang bakal menjengah di pasaran dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Adi Akmal pernah terlibat sebagai suara latar (harmoni) untuk album ketuhanan Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul Tahajud Cinta. -MUNSYEED.COM


Leave comment | Tinggalkan komen

Loading Facebook Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response