1 comment

Amin Inteam Pengacara di TV AlHijrah

by on December 6, 2010
 

Seorang demi seorang artis nasyid disunting oleh stesen televisyen tempatan untuk menjadi pengacara televisyen. Bermula dengan Nazrey Johani (Akademi Al-Quran dan beberapa rancangan kanak-kanak), Pyan Saujana (Nasyid Minggu Ini), Akhil Hayy (Kafe Akhil Hayy), Ustaz Nabil Far East (Astro Oasis), Hafiz Hamidun (Tilawah Interaktif) dan Adi Akmal Devotees (U-Remaja, wartawan penyiaran dan pembaca berita TV AlHijrah), kini, giliran Muhammad Hazamin Bin Harun atau lebih mesra disapa Amin Inteam dipelawa menjadi pengacara di stesen TV AlHijrah.

Amin Inteam bakal mengendalikan sebuah rancangan berbentuk majalah yang diberi nama Majalah Islam. Majalah Islam bakal diperkenalkan di stesen TV AlHijrah bermula pada bulan ini. Rancangan berbentuk majalah ini akan memaparan kisah mengenai masyarakat Islam, alam sekitar, lokasi dan isu semasa menurut perspektif Islam.

Majalah Islam akan menguji keupayaan Amin Inteam mengacara sesebuah rancangan memandangkan ini adalah kali pertama Amin Inteam terlibat dalam bidang pengacaraan di televisyen.

Di dalam persembahan pentas, Amin yang menganggotai kumpulan Inteam, dilihat begitu aktif dan fasih berkomunikasi dengan para peminat dengan menghubung kaitkan diantara ayat Al-Quran dan Hadis dengan setiap lagu nyanyian mereka. Sudah pasti, mengendalikan acara pentas dan mengacara sesebuah rancangan televisyen merupakan 2 perkara yang berbeza. Namun, ia pasti memberi pengalaman yang berharga buat Amin Inteam sendiri. -MUNSYEED.COM


Leave comment | Tinggalkan komen

Loading Facebook Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response