2 comments

Studio Muallaf Cetus Revolusi Hijrah

by on December 7, 2010
 

Hijrah itu pengorbanan! Hijrah itu perjuangan! Hijrah itu persaudaraan! Hijrah membentuk perpaduan!

Irama nasyid semakin berkembang pesat di Malaysia. Sejajar dengan perkembangan irama tersebut, sebuah kumpulan baru yang terdiri daripada 5 orang Muslim convert dan Mu’adz Dzulkefly berpadu tenaga membentuk jenama Studio Muallaf.

Buat pertama kali, Studio Muallaf akan muncul di kaca televisyen pada malam ini di Majlis Perasmian TV AlHijrah. Studio Muallaf akan menyampaikan lagu Hijrah dalam beberapa versi bahasa bagi menunjukkan kemajmukan masyarakat dan universaliti agama Islam yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Persembahan Studio Muallaf boleh disaksikan secara live di TV AlHijrah pada malam ini.-MUNSYEED.COM

comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response