0 comments

Coretan & Kenangan Sepanjang MAKUM 2011

by on November 1, 2011
 

Pster Festival Nasyid MAKUM 2011

 

Tanggal 30 Oktober 2011 menjadi saksi Festival Nasyid MAKUM 2011 yang  berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak  Universiti Kebangssan Malaysia. Setelah hampir 2 tahun tidak dilangsungkan,pastinya persiapan rapi telah dibuat oleh setiap kumpulan bagi mendapat tempat yang terbaik dalam festival kali ini.

Pada edisi kali ini, tumpuan pastinya terarah kepada peserta tuan rumah, Firasat Inzar. Namun begitu, saingan daripada kumpulan lain juga tidak terkecuali. Antara yang menjadi tumpuan lensa malam tersebut adalah kumpulan dari Unimas iaitu Da’My yang masih segar dengan kejuaraan di Festival Nasyid Kemerdekaan di UniMAP.

Malah saingan dari kumpulan lain seperti Nahwan Nur dari Universiti Putra Malaysia dan Intracksee dari Universiti Sains Islam Malaysia turut menghangatkan lagi suasana pertandingan pada malam tersebut. Tidak menjadi persoalan sebenarnya kerana keduanya  antara kumpulan yang paling berjaya mengekalkan momentum kejuaraan dalam mana-mana pertandingan yang disertai.

Festival yang berlangsung dua sesi, petang dan malam turut diadili oleh barisan panel hakim yang cukup mantap iaitu Saudara Suffian Amrin Saujana, Saudara Azhan Atan yang merupakan finalis Akademi Nasyid 2009 dan Encik Jam Johari pengarah okestra DBKL selaku ketua juri. Pada malam tersebut, penonton tidak hanya melihat kehebatan penasyid yang bertanding, malah  turut disajikan dengan persembahan istimewa daripada gabungan kumpulan Aish dan Insyirah dan juga penampilan khas  Fitri Haris bersama Mospeda turut menceriakan suasana malam tersebut.

Festival pada kali ini  juga cukup bermakna apabila bakat mereka tidak disia-siakan begitu sahaja. Pihak penganjur pertandingan mengumumkan bakal menghasilkan sebuah album khas Makum dengan memilih 8 buah lagu terbaik dalam pertandingan ini. Tetap menjadi adat dalam mana-mana pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Buat kumpulan yang berjaya sekalung tahniah diucapkan dan buat yang tidak berjaya didoakan semoga maju dan sukses dalam lapangan nasyid dan terus  bersemangat untuk berjaya di masa akan datang. InsyaAllah.

Untuk melihat kemeriahan MAKUM 2011 boleh klik pada link ini:

http://www.youtube.com/user/mytintapena?feature=watch

 

Berikut adalah  senarai dan keputusan penuh pertandingan:

Anugerah Kumpulan Berpotensi:

Emas: Universiti Malaysia Sarawak

Perak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Gangsa: Universiti Utara Malaysia

 

Anugerah Kumpulan Harapan:

Universiti Malaya

 

Anugerah Busana Terbaik:

Emas: Universiti Kebangsaan Malaysia

Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Gangsa: Universiti Putra Malaysia

 

Anugerah Vokal Terbaik:

Emas: Universiti Kebangsaan Malaysia

Perak: Universiti Malaysia Sarawak

Gangsa: Universiti Putra Malaysia

 

Anugerah Lirik Terbaik:

Emas: Universiti Malaya

Perak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Gangsa: Universiti Teknologi Malaysia

 

Anugerah Lagu Terbaik:

Emas: Universiti Kebangsaan Malaysia

Perak: Universiti Malaysia Sarawak

Gangsa: Universiti Putra Malaysia

 

Anugerah Persembahan Terbaik:

Emas: Universiti Putra Malaysia

Perak: : Universiti Kebangsaan Malaysia

Gangsa: Universiti Sains Islam Malaysia

 

Keseluruhan Pertandingan:

Juara: Universiti Kebangsaan Malaysia

Naib Juara: Universiti.Putra Malaysia

Ketiga: Universiti Sains Islam Malaysia

 

8 kumpulan yang terpilih dalam album Khas Makum 2011:

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti.Malaya

Universiti.Putra Malaysia

Universiti Sains Islam Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Universiti Malaysia Sarawak

Universiti Utara Malaysia

Universiti Malaysia Terengganu

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response