0 comments

Komuniti Teman Inteam Tangguh Pilihanraya KTI

by on December 25, 2011
 

Komuniti Teman Inteam (KTI)

 

Komuniti Teman Inteam (KTI) mengambil keputusan menangguhkan Pilihanraya KTI  yang sepatutnya diadakan pada Disember 2011 kepada Januari 2012. Penangguhan ini dibuat berikutan kekangan masa yang wujud disamping memberi peluang kepada ahli-ahli KTI yang sedang sibuk menduduki peperiksaan di universiti masing-masing.

Untuk makluman semua, Komuniti Teman Inteam mengadakan pilihanraya setiap kali menjelang Disember setiap tahun bagi memilih Saf Kepimpinan KTI yang akan mengetuai Komuniti Teman Inteam dalam pengurusan aktiviti dan merangka program-program amal di antara ahli KTI.

Menariknya, tahun ini Saf Kepimpinan KTI 2011 mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila Presiden KTI, Mohd Safarizan mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan sewaktu memegang jawatan sebagai Presiden. Turut mengikut jejak langkah, Timbalan Presiden KTI, Nadirah Azam dan beberapa AJK serta ahli KTI yang memilih 2011 sebagai tahun untuk mereka membina mahligai perkahwinan bersama pasangan hati masing-masing.

Untuk rekod, berikut adalah senarai Presiden KTI yang pernah mengemudi KTI sejak penubuhannya pada 2006.

  • Presiden KTI pertama : Mohd Safuan Zainal (Musaza), Mahasiswa UMP
  • Presiden KTI kedua : Mohd Zulkifli Md Isa (Haziq_UKMKL), Mahasiswa UKM
  • Presiden KTI ketiga : Mohd Azlan Shaari (Qausar), Mahasiswa Politeknik Sultan Azlan Shah.
  • Presiden KTI keempat : Mohamad (Abuafham), Mahasiswa UIA
  • Presiden KTI kelima : Mohd Safarizan (mmsafa), baru menamatkan pengajian di Kolej MSU sewaktu memegang jawatan.

Kami di Munsyeed{Dot}Com mendoakan semoga kesinambungan perjalanan dakwah dan amal Komuniti Teman Inteam (KTI) berterusan dan berjalan lancar. KTI boleh dilayari di www.inteam.com.my. Facebook rasmi KTI juga boleh dilayari disini. -Munsyeed{Dot}Com


Leave comment | Tinggalkan komen

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response