0 comments

Review Album: Himpunan Doa dan Zikir Taubat

by on February 5, 2012
 

 

Siapa yang tidak sayu mendengar zikir-zikir taubat? Alunan mendayu ditambah dengan kekhusyukan boleh meruntunkan jiwa yang mendengarnya, apatah lagi ditambah dengan rintihan perlahan.

Hijjaz Records menerusi siri keluaran Cahaya Hati telah mengeluarkan kompilasi Himpunan Doa dan Zikir Taubat. Zikir dan Doa yang terhimpun di dalam album ini adalah alunan daripada Munif Ahmad, Almarhum Ustaz Asri Ibrahim dan Bazli Hazwan (UNIC).

Mendengar album ini membuatkan hati sesiapa boleh lembut. Alunan yang merdu menjadi daya penarik album ini. Umum tahu, Munif Hijjaz dan Almarhum Ustaz Asri memang terkenal dengan alunan zikir munajat mereka yang sangat digemari sehingga hampir  setiap hari dimainkan di stesen TV dan Radio

Malah, penglibatan Bazli UNIC dalam ini ibarat satu penghormatan buat penasyid muda ini apabila diberi peluang terbabit dalam kompilasi ini. Secara tidak langsung, kepelbagaian ‘tone suara’ dalam album ini sudah cukup menarik perhatian.

Album ini dirakam di Hijjaz Studio menggunakan jurutera rakaman Shamir Supaat yang biasa dengan rakaman album keluaran Hijjaz Records manakala Masteringnya pula dilakukan oleh Wan Sallehuddin.

Album ini terbitan Hijjaz Records  dan diedarkan oleh Warner Music. MUNSYEED{DOT}COM


Leave comment | Tinggalkan komen

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response