0 comments

Pas Masuk Ke Konsert Anugerah Nasyeed.Com 2012

by on March 27, 2012
 

Konsert Anugerah Nasyeed.Com 2012

 

Sempena Anugerah Nasyeed.Com yang akan berlangsung pada 13 April 2012, penganjur anugerah, Nasyeed.Com Edutainmentakan menganjurkan Konsert Anugerah Nasyeed.Com 2012 yang akan berlangsung pada 14 April 2012 di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur. Konsert ini bakal diadakan bermula jam 8.00 malam.

Antara artis yang bakal memeriahkan konsert ini ialah Raihan, Aishah, Mestica, Dak Mie, Salaam, Dendang Anak, Muadz dan The Wayfarers.

Kepada para peminat yang ingin menghadiri konsert percuma ini, anda harus mendapatkan pas masuk ke konsert dengan memenuhi 3 syarat penganjur:

  1. Klik LIKE di Page Nasyeed.Com (www.facebook.com/nasyeedcom)
  2. Undi lagu pilihan anda untuk Anugerah Nasyeed.Com mengikut kategori yang dipertandingkan.
  3. Lengkapkan slogan: “Saya menyokong Anugerah Nasyeed.Com & Carta Nasyeed.Com kerana….” Tidak melebihi 21 patah perkataan.
  4. Emailkan Nama, No Telefon & No Kad Pengenalan anda ke karnival@nasyeed.com

Pemenang yang terpilih akan mendapat 2 pas percuma untuk ke Konsert Anugerah Nasyeed.Com pada 14 April 2012. Sebarang maklumat akan diberitahu melalui email.

-Munsyeed{Dot}Com


Leave comment | Tinggalkan komen

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...