0 comments

Undian Anugerah Nasyeed.Com Diaudit Professional

by on March 21, 2012
 

Kurang dari sebulan Anugerah Nasyeed.Com bakal diadakan, pelbagai reaksi positif mewarnai mood calon-calon yang bertanding dalam setiap kategori di Anugerah Nasyeed.Com dan semua yang terlibat dalam industri muzik nasyid Malaysia. Sejak ia mula diperkatakan pada awal Februari lalu, Nasyeed.Com Edutainment Sdn Bhd mendapat tumpuan luarbiasa dari pelbagai media cetak mahupun media elektronik yang ingin tahu lebih lanjut mengenai penganjuran anugerah nasyid berprestij ini.

Khairulnizam sedang menjawab soalan sewwaktu sesi Soal Jawab Bersama Media. Gambar ihsan: Pro Media Production.

Sewaktu Majlis Sidang Media Anugerah Nasyeed.Com berlangsung di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya baru-baru ini, krew Munsyeed{Dot}Com sempat bertanyakan soalan kepada pihak Sekretariat Anugerah Nasyeed.Com mengenai ketelusan sistem audit bagi undian yang dibuat untuk Anugerah Nasyeed.Com. Menjawab persoalan ini, Mohd Khairulnizam Zainol, Pengarah Program Anugerah Nasyeed.Com menjelaskan setiap undi untuk kategori yang dipertandingkan akan diaudit oleh pihak audit dalaman dan luaran.

“Sistem pemarkahan untuk kategori yang memerlukan juri dan sistem undian untuk kategori yang memerlukan undian akan diaudit oleh juru audit dalaman dan juru audit luar yang akan dipilih dan dilantik oleh Nasyeed.Com. Kita akan pastikan setiap undi diaudit dengan setelusnya bagi mengelak sebarang masalah di kemudian hari.” jelas Khairul.

Khairul juga menambah, setiap audit dijalankan secara professional bagi menjaga mutu kualiti majlis penganugerahan tersebut.

Walau bagaimanapun, Khairul dan pihak Nasyeed.Com enggan mendedahkan nama firma audit luar yang bakal menjalankan kerja-kerja audit bagi Anugerah Nasyeed.Com kali ini bagi menjaga kerahsiaan dan ketelusan keputusan anugerah itu nanti.

Tahniah diucapkan kepada Nasyeed.Com atas professionalisme mereka dalam penganjuran majlis anugerah berprestij ini. Pastinya, semua pihak mengharapkan yang terbaik buat Anugerah Nasyeed.Com yang julung kalinya diadakan di Malaysia ini. -Munsyeed{Dot}Com

 


Leave comment | Tinggalkan komen

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...