0 comments

Anugerah Nasyeed.Com Berjaya, Tekad Kekalkan Momentum

by on April 16, 2012
 

Sidang Media Anugerah Nasyeed.Com

Anugerah Nasyeed.Com (ANC) yang diadakan pada Jumaat, 13 April 2012 dilihat perlu mengekalkan momentumnya setelah majlis penganugerahan yang julung kali diadakan bagi menghargai para penggiat nasyid dapat dijayakan dengan gemilang.

Dalam satu sidang media yang diadakan sebaik selepas majlis ANC tamat, pengerusi bersama ANC, Muhamad Razin Che Mud berkata inilah masanya untuk peminat nasyid kembali menyokong karier artis nasyid itu sendiri.

“Bagi saya, Nasyeed.Com hanyalah bertindak sebagai pencetus atau pemula sahaja. Dan apa yang kami usahakan ini disokong penuh oleh para penasyid. Satu permulaan yang baik”

Razin Mestica

Menurut beliau yang juga ahli kumpulan nasyid Mestica, dengan kewujudan anugerah ini, muzik nasyid itu sendiri akan lebih berkembang dan akan menjadi pilihan. Jelas beliau, dengan adanya anugerah seperti ini, pihaknya amat berharap agar artis nasyid akan lebih bersemangat untuk menghasilkan karya yang lebih baik untuk diketengahkan.

“Pihak Nasyeed.Com amat menghargai setingginya kepada semua yang terlibat. Komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh semua penasyid sangat tinggi, walaupun tiada sebarang imbuhan berbentuk wang atau apa sahaja yang ditawarkan, namun kami sangat terharu atas kerjasama yang diberikan oleh semua penasyid dalam menjayakan malam anugerah ini.”

Tambahnya, Malaysia adalah ‘home of nasyeed cotemporary’ dimana ramai penggiat nasyid luar amat mengagumi karya daripada para penasyid Malaysia.

Dalam pada itu, penasihat program, Dato’ Dr Ibrahim Ghafar pula berkata, usaha julung kali diadakan ini hanyalah sebagai penjenamaan atau ‘branding’. Menurut beliau, langkah pertama untuk menjenamakan anugerah ini sangat penting bagi mengangkat acara ini ketahap yang lebih berprestij pada masa hadapan.

Dalam pesanan penaung kehormat ANC, Tun Dr Mahathir Mohamad beliau telah memberi nasihat kepada para penggiat nasyid dengan nasihat agar Hi-tech mesti selari dengan Hi-Touch.

“Malah Tun Dr Mahathir ada memberikan kata-kata azimat kepada kami. Beliau mengatakan Lukiskan keindahan dengan kata-kata yang memberi nasihat, pengajaran dan perkara yang bermanfaat”Ujar sasterawan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, pengarah program, Mohd Khairolnizam Zainol ketika ditanya soal aspek penjurian, pihaknya masih merahsiakan juri yang terlibat dalam pengadili calon anugerah terbaik ANC.

Namun tegas beliau, kesemua aspek penjurian telah dilakukan secara professional. Malah, pihak mereka juga ada melantik jawatankuasa audit dalaman dan juga menggunakan pihak audit luaran bagi memastikan ketelusan pengadilan.

“Akan ada penambahan kategori pada anugerah yang akan dating tahun hadapan. Mungkin kali ini lebih ketat dengan mengenakan syarat hanya karya yang dihasilkan pada tahun 2010 keatas sahaja. Kami percaya dengan cara ini para artis akan lebih giat dalam menghasilkan karya yang lebih bermutu.” -Munsyeed{Dot}Com

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response