0 comments

Berkampung Bersama Hijjaz Di Akhir Syawal

by on April 21, 2012
 

Berkampung Bersama Hijjaz Di Akhir Syawal

Amity Enterprise dengan kerjasama kumpulan Hijjaz akan menganjurkan program Berkampung Bersama Hijjaz Di Akhir Syawal. Program yang bakal berlangsung di Taman Tema Lost World of Tambun ini dilihat bakal menjalinkan kembali keakraban kumpulan Hijjaz dengan kelab peminat mereka yang cukup popular satu ketika dahulu, Komuniti Sahabat Hijjaz.

Butiran mengenai program Berkampung Bersama Hijjaz adalah seperti berikut:

Nama Program : “Berkampung Bersama Hijjaz”
Tempat : Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak
Tarikh : 16 September 2012
Masa : 10.00 pagi – 11.00 malam
Aktiviti : Sukaneka, Berinteraksi dengan kumpulan Hijjaz, Makan Malam
Tema Makan Malam : Jom Balik Kampung

Yuran turut dikenakan untuk program yang cukup menyeronokkan ini. Bayaran RM380 bakal dikenakan bagi setiap peserta dan para peserta akan mendapat sehelai T-Shirt Eksklusif program, makanan, door gift, sesi bertemu dengan Hijjaz, aktiviti sukaneka yang menarik dan menggembirakan, acara makan malam istimewa dan banyak lagi. Para peserta juga berpeluang untuk bermain di Taman Tema Lost World of Tambun sepanjang program berlangsung.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh diajukan kepada pihak penganjur seperti yang tertera: 017-5984127 (Encik Amir), 013-5171527 (Encik Syahir), 012-3845291 (Cik Hazlyn) atau boleh juga menghubungi pejabat di talian 05-3711097.

-Munsyeed{Dot}Com


Leave comment | Tinggalkan komen

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response