Ulasan
0 comments

Review: Al Farabiband – Radiasi 1400

by on April 5, 2012
Details
 
 

 

Menjadikan muzik new age progresif rock sebagai asas dan akar dalam setiap karya mereka, Al Farabiband nekad melawan arus dalam dunia nasyid tanah air. Pembawakan yang berlainan caranya daripada yang lain membuatkan saya cukup teruja apabila CD album penuh mereka sampai ke tangan.

Biarpun telah mengeluarkan beberapa rilisan sebelum ini, namun album kali ini menampilkan kesungguhan mereka dalam memperjuangkan mesej mereka dalam industri.  Nama-nama besar seperti Shanazron yang bertindak sebagai jurutera bunyi dan kemasukan Roll (Unicorn) Memantapkan lagi mereka.

Membelek rilisan  AFB yang bertajuk Radiasi 1400, teringin dan tak sabar mendengar apa disebalik album yang cover cdnya serba ungu. Untuk album ini, line up mereka ialah Nasaie  (Vokal), Nazri (Gitar), Rina (Bass), Roll (Gitar), Samuel (Keyboard), dan  Adie Wady. Okey, mari kita dengar lagunya.

Track 1: Mencari Kebenaran – Lagu instrumental yang disulami narration seakan sajak ditengahnya. Tidak terlalu baru, namun sedikit groovy pada bassline. Fuh, kuat betul bau Pink Floyd lagu ni. Tapi syok dengar. Melodi gitar yang menjadi tunjang lagu ni tampak kuat juga.

Track 2: Simfoni Evolusi-  Lagu ini yang menjadi anthem mereka sejak awal kemunculan mereka. Sound kali ini lebih kemas daripada dulu. Penuh dengan tenaga dan semangat yang mahu dijelmakan. Progresif rock yang kedengaran tight. Saya suka sound dram yang tight sebegini. Hey, masa keyboard solo tu macam nak try jazz je…

Track 3: Radiasi 1400 -  Mula dengan muzik yang sedikit lain back. Lagu ni pun kuat juga bau Pink Floyd nya. Taklah sekeras track sebelumnya , tapi mereka tetap cuba dengan arrangement yang tight. Pehh macam Led Zeppelin pun ada sikit-sikit.

Track 4: Orang Berjuang: Track remake lagu Sunnah Orang Berjuang dari Nada Murni, tapi melodi yang lain! Kali ni lagunya sedikit modern arrangement, dan lagu ini sangat-sangat groovy! Walaupun tak ada distortion gitar yang keras, namun cukup untuk membuat lagu ini sangat seronok. Kiranya lagu untuk hype la….. hehe. Aik ada bunyi batuk kat hujung? Hahaha

Track 5: Ini Sunatullah. Lagu pilihan terbaik saya dalam album ini. Tenaga mereka mencapai tahap kemuncak dalam album ini. Ini baru terasa radiasinya. Keras dan penuh dengan semangat. Cuma ada sedikit tone distortion British bunyi nyamuk, namun dapat discover dengan rhythm gitar yang mantap. Lagu ni best sangat. THUMBS UP!

Track 6: Pahlawanku – Tak lengkap album nasyid tanpa lagu tentang Rasulullah. Lagu ini kuat pula bluesnya. Kembali laid baik selepas lagu yang rancak tadi. Blues rock pada mulanya, kemudian menjadi rancak sedikit. Seronok dengan kepelbagaian muzik mereka.

Track 7: 313i – Kembali rancak dengan distortion gitar dan rhythm yang tight. Lagu ni macam dengar ada sedikit tema dark. Lagu instrumental yang betul-betul progressif, dengan tukaran melodi dan struktur lagu yang kemas. Eh, bunyi funk pun ada?

Track 8: Jalan Kita – Lagu yang raw, energy, groovy dan paling laju dalam album ni. Bila mendengar lagu ni, saya terbayang bila Metallica + Blink 182, riff punk rock dan metal digabungkan. Lagu yang boleh membuat orang head banging. Vokal Nasaie cuba untuk lebih dark dalam lagu ini. Best tapi lagu ini paling pendek dalam rilisan ini.

Nampaknya Al Farabiband telah all-out dalam penghasilan album ini. Album yang mampu menarik para rockers dan metalhead meminati irama dakwah seperti ini. Cuma, saya mengharapkan adanya sebuah lagu berentak balada rock yang kuat untuk personal touch, mungkin boleh difikirkan untuk yang akan datang. Dari segi sound,  mixing jauh lebih berkualiti daripada album terdahulu.

Yeah, mereka nekad dengan misi mereka kali ini. Siapa tau, radiasi yang dibawa mereka mampu membuatkan lebih ramai anak muda mencintai Islam?

 

Editor Rating
 
Vokal
100%

 
Susunan Muzik
100%

 
Kulit Album
100%

 
Kualiti Rakaman
100%

 
Kepuasan
100%

Total Score
100%

Hover To Rate
User Rating
 
Vokal

 
Susunan Muzik

 
Kulit Album

 
Kualiti Rakaman

 
Kepuasan

User Score

You have rated this


Leave comment | Tinggalkan komen

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Vokal

Susunan Muzik

Kulit Album

Kualiti Rakaman

Kepuasan


Loading Facebook Comments ...