Ulasan
0 comments

Review Album Selawat Relaksasi – UNIC

by on April 19, 2012
 

UNIC – Selawat Relaksasi

Irama terapi berbentuk bacaan zikir dan selawat semakin mendapat tempat. Bukan sahaja bacaan-bacaan sebegini mempunyai kelebihan tersendiri, namun gaya yang dipersembahkan mampu menghasilkan satu ‘personal touch’.

UNIC juga tidak mahu ketinggalan menghasilkan produk berkonsep sebegini. Mereka menghasilkan Album Selawat Terapi yang telahpun dilancarkan baru-baru ini.

Saya berpeluang mendengar sendiri album terbaru mereka ini. Mendengar keseluruhan track dalam CD ini, mereka berjaya mengadaptasi konsep terapi itu dengan jayanya. Cuma berbeza dengan keluaran yang lain, mereka menjadikan selawat sebagai subjek utama untuk digarap.

Saya dimaklumkan, kumpulan UNIC mengambil masa yang begitu lama untuk menghasilkan produk kali ini. Menurut mereka, album Selawat Relaksasi ini dihasilkan berdasarkan kajian yang terperinci mengenai elemen terapi diri.

Dengan iringan muzik yang disusun oleh Along Exist, interprestasi mereka terhadap alunan selawat cukup baik. Saya bukanlah seorang yang pakar tentang bacaan, qiraah dan sebagainya, namun bagi saya alunan itu sudah cukup untuk menenangkan siapa yang mendengarnya.

Kelainan yang ada dalam album ini ialah, makna setiap selawat dialunkan sekali dengan melodi. Dari segi muzik, string sangat banyak digunakan. Ringan dan sesuai dengan konsep. Manakala susunan track vocal juga simple dengan reverb yang ambiencenya cukup nice.

Ingin relaksasi dengan alunan selawat? Ini albumnya.

 

Editor Rating
 
Vokal
94%

 
Susunan Muzik
93%

 
Kulit Album
86%

 
Kualiti Rakaman
90%

 
Kepuasan
90%

Total Score
91%

Hover To Rate
User Rating
 
Vokal
90%

 
Susunan Muzik
72%

 
Kulit Album
85%

 
Kualiti Rakaman
89%

 
Kepuasan
84%

User Score
84%

You have rated this


Leave comment | Tinggalkan komen

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Vokal

Susunan Muzik

Kulit Album

Kualiti Rakaman

Kepuasan