0 comments

Ura-Ura Mengenai Anugerah Nasyeed.Com

by on April 10, 2012
 

Debaran semakin terasa. Anugerah Nasyeed.Com yang julung kalinya diadakan bakal mencipta sejarahnya buat pertama kali. Untuk merancakkan lagi debaran Anugerah Nasyeed.Com, jom ikuti info-info menarik mengenai Anugerah Nasyeed.Com yang bakal diadakan Jumaat ini.

Info-info ini masih bersifat ‘ura-ura’ dan ia hanya akan menjadi fakta setelah pengumuman rasmi dibuat oleh pihak penganjur Anugerah Nasyeed.Com sendiri.

Jef Hazimin & Irma Hasmie

Pengacara Anugerah Nasyeed.Com
Ura-ura mengatakan Jef Hazimin dan Irma Hasmie bakal menjadi pengacara bagi Anugerah Nasyeed.Com kali ini. Jika berita ini benar, maka ini adalah gandingan pertama Jef Hazimin dan Irma Hasmie dalam bidang pengacaraan.

Lakaran Pentas Anugerah Nasyeed.Com

Lakaran Pentas Anugerah Nasyeed.Com
Gambar ini diambil ketika lawatan saya ke pejabat Nasyeed.Com awal Februari lalu. Ketika ditanya, pihak Nasyeed.Com berkata ia hanya sekadar lakaran awal dan masih banyak perubahan yang bakal dilakukan untuk menambah elemen ‘grand dan eksklusif’ pada pentas Anugerah Nasyeed.Com

  • Pihak kami difahamkan, ada seorang menteri kanan yang akan hadir ke Anugerah Nasyeed.Com Jumaat ini.
  • Ada artis nasyid yang sanggup menempah baju baru semata-mata untuk menjayakan Anugerah Nasyeed.Com. (Kagumnya…)
  • Selain artis Malaysia, pihak kami difahamkan ada beberapa orang artis luar negara yang turut dijemput ke Anugerah Nasyeed.Com. (Maher Zain dan Sami Yusuf ada jemput tak? hehe)
  • Selain artis nasyid, dikhabarkan ada beberapa selebriti yang dilabel baru berhijrah akan menjadi penyampai anugerah. (Alhamdulillah…)
  • Dodi Hidayatullah dari Indonesia sanggup turun ke Kuala Lumpur bagi memenuhi jemputan Anugerah Nasyeed.Com.
  • Ada beberapa info yang terpaksa dirahsiakan buat masa ini dan akan kami kemaskini di artikel ini juga pada hari Khamis ini. (Nak kasi surprise sedikit…)

Jangan lupa saksikan Anugerah Nasyeed.Com Jumaat, 13 April 2012 di TV Alhijrah pada jam 10.00 malam. Untuk info lanjut, klik: Siaran Langsung Anugerah Nasyeed.Com.

-Munsyeed{Dot}Com

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response