0 comments

Ajwad Du’a Syukur Dapat Sambung Belajar Di UIA

by on May 28, 2012
 

Keputusan Kemasukan UIA

 

Alhamdulillah, Syukur! – Itulah kalimah toyyibah yang diungkapkan oleh vokalis dan komposer dari kumpulan Du’a, Muhammad Ajwad Bin Amaluddin apabila beliau mendapat keputusan kemasukan pelajar ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau yang lebih dikenali dengan nama Ajwad Du’a melahirkan rasa syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana telah terpilih untuk menyambung pengajiannya di Pusat Asasi UIAM (CFS IIUM) untuk pengajian Asasi Sains Kemanusiaan (Human Science).

Menurut Ajwad, pada mulanya beliau tidak terpilih untuk menyambung pengajian di Pusat Asasi UIAM apabila keputusan kemasukan pelajar yang diumumkan pada awal Mei lalu tidak memihak kepada dirinya. Namun, anak kepada Artis popular, Ustaz Amaluddin ini tidak mudah mengalah. Ajwad berusaha membuat rayuan kepada pihak UIAM dan keputusan rayuan menunjukkan yang beliau terpilih untuk mengikuti Pengajian Asasi Sains Kemanusiaan di Pusat Asasi UIAM.

Tahniah diucapkan kepada Ajwad. Semoga beliau berjaya dalam bidang yang diceburi.

Ajwad Du’a

Menurut rekod, abang kepada Ajwad, Muhammad Asadullah (Du’a) turut menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Seni Bina (Architecture). Terdiri dari 3 anak muda, Ajwad, Asadullah dan Amad, kumpulan Du’a menempa nama melalui single pertama mereka, Sahaja Aku MencintaiMu yang menjadi Finalis Anugerah Nasyeed.Com 2012.

Difahamkan, Kumpulan Du’a akan mengetengahkan single kedua mereka dalam masa terdekat. Nantikan pengumuman rasmi dari Du’a.

-Munsyeed{Dot}Com

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response