0 comments

Astro Oasis Anjur Majlis Tahlil & Qiamullail

by on May 24, 2012
 

Astro Oasis dengan kerjasama Masjid Asy-Syakirin, KLCC akan menganjurkan Majlis Tahlil dan Qiamullail pada hujung minggu ini bertempat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Majlis Tahlil dan Qiamullail ini diadakan bagi memperingati insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah.

Majlis Tahlil dan Qiamullail ini akan diadakan bermula 25 Mei 2012 hingga 26 Mei 2012.  Majlis ini akan bermula pada jam 7.00malam.

Berikut adalah aturcara Majlis Tahlil dan Qiamullail anjuran Astro Oasis dengan kerjasama Masjid Asy-Syakirin:

Jumaat, 25 Mei 2012

  • 7.00 malam – Ketibaan para hadirin.
  • 7.20 malam – Azan Maghrib oleh Imam Muda Naim. Solat Maghrib akan diimamkan oleh Imam Masjid As-Syakirin
  • 8.00 malam – Tahlil dan Bacaan Yassin
  • 8.30 malam – Azan Isyak oleh Imam Muda Jabar. Solat Isyak akan diimamkan oleh Imam Masjid As-Syakirin
  • 9.10 malam – Tazkirah Isyak oleh Imam Muda Arrazi

Sabtu, 26 Mei 2012

  • 3.00 pagi – Qiamullail akan dipimpin oleh Imam Muda Aran dan Imam Muda Hassan
  • 5.30 pagi – Azan Subuh. Imam Solat Subuh Imam Masjid As-Syakirin
  • 6.00 pagi – Selesai dan bersurai

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

-Munsyeed{Dot}Com

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response