0 comments

Fakhrul UNIC Wakili Kedah Ke Tilawah Kebangsaan

by on May 23, 2012
 

Fakhrul UNIC Juara Tilawah Negeri Kedah. Foto ihsan: Fakhrul Radhi.

Ahli kumpulan UNIC, Fakhrul Radhi Bin Khamaruddin atau lebih mesra disapa Fakhrul UNIC telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2012/1433H. Keputusan telah diumumkan oleh pihak juri pada Isnin, 22 Mei 2012 selepas 2 hari berlangsungnya pertandingan tilawah yang bermula pada hari Sabtu lalu.

Pertandingan tahunan itu telah diadakan di Dewan Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah.

Fakhrul yang merupakan Johan program realiti TV9, Akademi Al-Quran (AQ) difahamkan bakal mewakili Negeri Kedah untuk ke Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan bagi tahun 2012.

Tahniah diucapkan kepada Fakhrul atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi buat semua untuk memperindahkan bacaan Al-Quran seterusnya mendalami ayat-ayat indah yang tertulis dalam kitab suci Al-Quranul Karim.

Beliau dan seorang lagi juara Qariah dijangka akan mewakili negeri Kedah pada Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan yang akan diadakan  di Pusat Konvensyen Persada Johor, Jun ini.

-Munsyeed{Dot}Com


Leave comment | Tinggalkan komen

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...