0 comments

Imam Muda Musim-3 Penuh Dengan Kejutan

by on May 20, 2012
 

 

Imam Muda

Tidak seperti Imam Muda Musim 1 dan 2, program realiti tv Islami paling popular di Malaysia, Imam Muda bagi Musim ke-3 diwarnai dengan penuh tanda tanya. Pihak pengurusan Astro Oasis dan tim pengurusan rancangan Imam Muda Musim ke-3 seakan ingin merahsiakan sesuatu dari pengetahuan peminat dan menunggu masa yang sesuai untuk membuat kejutan mengenai rancangan realiti popular ini.

Masakan tidak, pencarian peserta untuk Imam Muda Musim ke-3 sudah berlangsung sejak Mac 2012 namun sehingga kini segala perkembangan mengenai proses pemilihan dan 10 peserta terpilih masih dirahsiakan pihak pengurusan. Dari sumber yang boleh dipercayai, rancangan Imam Muda Musim ke-3 bakal menjanjikan kelainan yang cukup mengujakan!

Hasil risikan kami, pihak pengurusan Astro Oasis dan tim pengurusan rancangan Imam Muda akan mula membuat kejutan dengan mengumumkan 10 finalis peserta Imam Muda Musim-3 pada 22 Mei 2012 di satu lokasi yang masih menjadi rahsia. Pengumuman 10 finalis peserta Imam Muda Musim ke-3 ini dijangka bakal merungkaikan teka-teki pembaharuan awal yang dilakukan oleh tim pengurusan rancangan Imam Muda.

Tidak cukup dengan itu, di majlis pengumuman itu nanti, akan ada beberapa pembaharuan yang akan diumumkan oleh tim pengurusan Imam Muda bagi musim ke-3. Adakah ianya melibatkan perubahan Mudir (pengetua)? Atau tenaga pengajar? Atau adakah akan berlaku perubahan di peringkat penjurian? Mungkinkah Imam Muda Musim ke-3 akan diundi oleh para peminat?

Melalui blog Budiey.com, difahamkan Astro Oasis juga bakal mengumumkan pengacara terbaru bagi program Imam Muda Musim 3. Alumni Imam Muda Musim 1 & 2 juga bakal melibatkan diri dalam perjalanan rancangan Imam Muda Musim 3 ini. Segalanya masih menjadi teka-teki yang bakal terjawab di majlis pengumuman 10 finalis Imam Muda Musim Ke-3 nanti.

Imam Muda Musim 3 yang ditulis di laman web UNIC.

Kumpulan nasyid popular UNIC juga turut menghangatkan persoalan mengenai Imam Muda Musim ke-3. Melalui laman web UNIC yang kini berwajah baharu, UNIC ada meletakkan Program Imam Muda 3 Astro Oasis dalam senarai program televisyen yang melibatkan UNIC.

Walaubagaimanapun, penglibatan UNIC dalam rancangan Imam Muda Musim ke-3 masih menjadi tanda tanya oleh para peminat. Adakah Imam Muda Musim 3 akan bernasyid? Atau mungkin UNIC berperanan dalam rancangan Imam Muda Musim 3 sebagai penyuntik motivasi memandangkan UNIC juga cukup sinonim dengan program-program motivasi dan training. Apa pun andaian, hanya UNIC dan tim pengurusan Imam Muda Musim 3 yang tahu jawapannya.

Secara peribadi, saya begitu teruja untuk menonton rancangan Imam Muda Musim Ke-3 yang bakal disiarkan tidak lama lagi di Astro Oasis. Walaupun tim pengurusan Imam Muda Musim 3 berusaha bersungguh-sungguh merahsiakan kelainan yang bakal ditonjolkan dalam Imam Muda Musim 3, tetapi sedikit sebanyak ada info-info yang terbocor juga dan tempiasnya turut dirasai oleh para peminat.

Segala ‘rahsia’ mengenai kejutan program Imam Muda Musim 3 bakal terungkai tidak lama lagi. Nantikan kemunculan Imam Muda Musim 3 yang akan ditayangkan di Astro Oasis, Saluran 106.

-Munsyeed{Dot}Com


Leave comment | Tinggalkan komen

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response