0 comments

Maher Zain Forgive Me Live In Concert 2012 Di Malaysia!

by on May 10, 2012
 

Maher Zain Forgive Me Live in Concert 2012

Selepas kejayaan menggegarkan Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada 19 November lalu, penyanyi yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi lagu berunsur ketuhanan iaitu Maher Zain akan kembali mengadakan konsert di Malaysia. Kali ini lokasi yang menjadi pilihan adalah di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 16 Jun 2012, jam 8 malam.

Menariknya konsert kali ini, penyanyi yang berasal Lubnan ini bukan saja menyanyikan lagu popularnya sebelum ini seperti IshaAllah, Thank You Allah, Palestine Will Be Free dan Baraka Allahu Lakuma tetapi juga akan menyampaikan lagu dari album terbarunya yang berjudul Forgive Me, termasuk single pertama yang sedang mendaki carta iaitu Number One For Me.

Tidak cukup setakat itu, Maher Zain turut menampilkan dua orang penyanyi Awakening Records, Raef dan Irfan Makki dalam konsert mega kali ini.

Forgive Me World Tour 2012

Malaysia adalah negara pertama konsert jelajah Maher untuk mempromosikan album terbarunya itu. Konsert yang dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Entertainment pastinya amat dinantikan oleh peminatnya di sini kerana kali terakhir Maher mengadakan konsert berskala mega adalah sekitar Februari tahun lalu iaitu Maher Zain Live in Concert – Mercy To Mankind di Stadium Malawati, Shah Alam yang mendapat sambutan hangat dengan bilangan 7,000 penonton.

Bagi peminat Maher yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert itu, tiket boleh didapati menerusi pembelian secara talian iaitu di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811.

Harga tiket yang dikenakan adalah seperti berikut : VIP, RM298, RM238, RM138 dan RM78. Khusus untuk pemegang tiket VIP, mereka berpeluang untuk mengambil foto secara berkumpulan bersama Maher Zain. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman facebook Marctensia Concerts.

Konsert istimewa ini ditaja bersama oleh Etiqa Takaful Bhd dan One Drop Perfumes, TV Stesen Rasmi: Astro, Radio Stesen Rasmi: SINAR fm, disokong oleh ERA fm , Penginapan Rasmi: Hilton KL dan Singesen pula bertindak sebagai Sokongan Teknikal.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi penganjur di talian Marctensia Concerts – 03-2092 1199 atau layari laman sesawang www.marctensia.com / http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/

 

-Munsyeed{Dot}Com


Leave comment | Tinggalkan komen

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...