0 comments

Hijjaz Terbit Album Baru 1 Julai Ini

by on June 27, 2012
 

Setelah kali terakhir muncul dengan album Permata Hijjaz, kumpulan Hijjaz bakal menerbitkan album studio mereka yang terbaru tidak lama lagi.

Album yang diberi judul Susah Senang Kita Bersama bakal menjengah peminat mereka pada 1 Julai 2012. Album ini merupakan kerjasama mereka dengan syarikat HPA.

Antara lagu yang bakal termuat dalam album ini ialah seleksi lagu-lagu baru dan juga lagu lama yang dirakamkan semula, termasuk sebuah lagu yang dirakamkan bersama artis veteran, Othman Hamzah.

Semestinya, album mereka sangat ditunggu peminat setia mereka. Hijjaz yang dianggotai oleh Munif Ahmad, Isman Nadim Isam, Faizal Osman dan Mohd Ariffin pasti mempunyai sesuatu magis yang tersendiri dalam menghasilkan album ini.

Berita lanjut akan menyusul.


Leave comment | Tinggalkan komen

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...