0 comments

6ixth Sense Bakal Terbit Album Religi

by on July 3, 2012
 

Selepas kejayaan single Penerang Hati, hasil paduan vokal 6ixth Sense dan Saujana, kumpulan 6ixth Sense dikhabarkan bakal muncul dengan sebuah album ketuhanan menjelang Ramadhan pada tahun ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kumpulan 6ixth Sense dan Universal Music kini dalam proses akhir menyiapkan album religi pertama 6ixth Sense yang bakal menemui para peminat tidak lama lagi. Album tersebut bakal memuatkan lagu-lagu religi ciptaan Adi 6ixth Sense dan beberapa orang komposer terkenal tanahair.

Yang pasti, 2 lagu single yang telah dilancarkan oleh 6ixth Sense berjudul Penerang Hati dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa bakal dimuatkan dalam album religi tersebut. Adakah komposer terkenal; Mujahid, bakal memberi sentuhan magika pada album religi 6ixth Sense kelak? Nantikan kemunculan album ini di pasaran!

-Munsyeed{Dot}Com

*Gambar ihsan: 6ixth Sense

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response