0 comments

Kem UNICnya Ramadhan Kini Kembali

by on July 16, 2012
 

Kem UNICnya Ramadhan Siri 3. (Klik pada poster untuk paparan lebih besar)

Bulan Ramadhan kini semakin tiba untuk disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Menjadi kebiasaan apabila tibanya Ramadhan kumpulan-kumpulan nasyid di Malaysia akan sibuk dengan jemputan-jemputan majlis berbuka puasa dan program yang memerlukan kepakaran mereka.

Tidak terkecuali dengan kumpulan nasyid popular UNIC, tahun ini merupakan kali ke 3 berturut-turut mereka menganjurkan Kem UNICnya Ramadhan. Kem ini bakal diadakan di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor selama 2 hari, bermula dari hari Sabtu, 4 Ogos 2012 hingga 5 Ogos 2012. Kem ini adalah anjuran anak syarikat UNICDOTMY Pro Sdn Bhd di bawah kelolaan UNIC sendiri iaitu UNIC Nasyeed & Training Consultants (UNTC) dengan kerjasama Famili UNIC dan Nur Eco-Resort.

Melalui kem yang terbuka untuk semua golongan ini, peserta akan berkampung beramai-ramai untuk merasai keindahan bulan Ramadhan dengan diselitkan aktiviti-aktiviti menarik seperti Mesra Bersama UNIC, Bengkel Al-Fatihah bersama Johan Akademi Al-Quran, BBQ dan Mini Show UNIC serta tidak ketinggalan aktiviti kerohanian seperti Terawikh Berjemaah, Tadarus Al-Quran dan Qiyammullail.

Bagi memudahkan pergerakan para peserta yang mendaftar, pihak UNTC akan menyediakan kemudahan pengangkutan bas dari Stesen Komuter Kajang. Yuran yang dikenakan juga sangat berpatutan dengan hanya RM120.00 (termasuk juadah berbuka&bersahur, penginapan, pengangkutan, nota), serta diskaun untuk ibubapa yang ingin menghantar anak-anak lebih dari seorang dan diskaun istimewa untuk ahli berdaftar Famili UNIC sendiri. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 Ogos 2012.

Untuk pertanyaan atau pendaftaran, boleh menghubungi pejabat urusan UNICDOTMY di talian +603-6186 4300 / +6019-428 9986 atau email ke unicnasyeed@gmail.com. Website UNIC : www.unic.my Facebook : UNIC.

- Munsyeed{Dot}Com

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response