0 comments

Kerabat Devotees Buat ‘Comeback’

by on July 1, 2012
 

Pada 24 Jun 2012, kumpulan Devotees telah menganjurkan Mini Gathering untuk kelab peminat mereka yang diberi nama Kerabat Devotees. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Medan Selera, KL Sentral sekitar jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai hampir 20 orang ahli hadir ke perjumpaan tersebut termasuk kumpulan Devotees.

Dalam pertemuan singkat itu, beberapa aktiviti menarik telah diadakan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sesi Taaruf, Sesi Perkongsian Pengalaman, Mesyuarat Tahunan Kerabat Devotees, Persembahan Acapella Devotees dan Sesi Bergambar. Kerabat Devotees turut mengambil peluang mengenali dengan lebih rapat kumpulan Devotees secara live.

Disamping itu, melalui Mesyuarat Tahunan yang diadakan, Kerabat Devotees telah menyusun organisasi baharu yang akan menggerakkan semula perjalanan Kerabat Devotees di masa akan datang. Ahli jawatankuasa baharu Kerabat Devotees ini telah dipilih oleh ahli-ahli sewaktu Mesyuarat Tahunan dijalankan.

Berikut adalah senarai nama Ahli Jawatankuasa Kerabat Devotees yang dilantik baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa Kerabat Devotees

Penaung
Ahmad Shauqi Abu Kashim (Melaka)

Presiden
Ahmad Shahiran Zainal Abidin (Tg Malim, Perak)

Timbalan Presiden
Wan Nurul Faizah Bt. Wan Idris (Kelantan)

Setiausaha
Noor Atika Bt Syafri (Kuala Lumpur)

Bendahari
Nur Alia Dini Bt Arshad (Kuala Lumpur)

AJK

1- Siti Sumaiyah Binti Yahya (UIA)
2- Nur Alia Dini Bt Arshad (Kolej Islam Antarabangsa)
3- Puan Rohana Binti A.Latif(Melaka)
4- Nur Atiqah Armyda Bt Ahmad(Pelajar)
5- Hazimah Bt Mohamad(Shah Alam)

 

Devotees menyampaikan lagu Berjalan Tanpa Henti.

Setelah mesyuarat tahunan selesai, Devotees yang diwakili Adi Akmal dan Abd Halim tampil membuat kejutan istimewa kepada ahli Kerabat Devotees yang hadir dengan menyanyikan lagu Berjalan Tanpa Henti secara unplugged. Devotees juga sempat menzahirkan harapan mereka agar Kerabat Devotees dapat bergerak maju seiring perjalanan seni kumpulan Devotees sendiri.

Kerabat Devotees.

Presiden Kerabat Devotees, Ahmad Shahiran Zainal Abidin ketika ditemubual, menzahirkan rasa syukur atas kejayaan Mini Gathering yang diadakan baru-baru ini.

“Alhamdulillah, program Mini Gathering Bersama Devotees dapat direalisasikan dengan jayanya berkat izin ALLAH SWT dan komitmen yang diberikan oleh setiap ahli. Devotees sendiri begitu positif dan sporting melayani setiap soalan-soalan dan permintaan ahli-ahli Kerabat Devotees.” jelas Shahiran.

Kerabat Devotees bergambar bersama kumpulan Devotees.

Beliau turut menambah, “Kami di Kerabat Devotees sedang menyusun gerak kerja dan aktiviti yang bakal diadakan tidak lama lagi. Segala info mengenai Kerabat Devotees boleh diperolehi melalui laman Facebook Kerabat Devotees. Yang terdekat, kami akan adakan Mega Gathering & Usrah Di Ambang Ramadhan pada 15 Julai 2012. Nantikan pengumuman lanjut di Facebook Kerabat Devotees.”

Untuk rekod, Kerabat Devotees mula ditubuhkan pada tahun 2006. Di awal penubuhannya, Kerabat Devotees dipertemukan dalam sebuah forum eksklusif peminat Devotees di devotees.forumwise.com. Mereka cukup aktif berforum, berkongsi ilmu, info terkini mengenai Devotees dan bersuai kenal sesama ahli di forum tersebut. Kerabat Devotees juga pernah menganjurkan beberapa pertemuan di sekitar Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ahli-ahli dan juga kumpulan Devotees sendiri.

Tahniah Kerabat Devotees! Semoga ‘comeback’ yang dilakukan bakal memeriahkan lagi industri muzik nasyid Malaysia. Untuk mengetahui perkembangan Kerabat Devotees, layari Facebook Kerabat Devotees di www.facebook.com/KerabatDevotees.

-Munsyeed{Dot{Com

*Gambar ihsan: Kerabat Devotees.


Leave comment | Tinggalkan komen

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...