0 comments

Opick Luncur Album Baru Untuk Peminat

by on July 19, 2012
 

Artis religi paling popular Indonesia, Opick telah melancarkan album terbaru beliau berjudul Salam Ya Rosulullah. Album ini memuatkan 10 track lagu yang cukup istimewa, khas buat para peminat beliau.

Menampilkan lagu Syukur Atas Karunia sebagai single utama album ini, Opick cuba menzahirkan isi hati beliau melalui bait-bait lirik lagu yang cukup indah beserta grafik kulit album yang mempunyai maksudnya tersendiri.

Menariknya, Opick turut menampilkan lagu popular ciptaan beliau yang pernah dinyanyikan oleh Dewa berjudul Dealova. Lagu Dealova cukup popular di Indonesia dan juga di Malaysia. Pastinya, para peminat akan teruja untuk mendengar lagu Dealova versi Opick dalam album ini.

Buat masa ini, album terbaru Opick, Salam Ya Rosulullah, hanya dipasarkan di pasaran muzik Indonesia sahaja. Walaupun begitu, Munsyeed{Dot}Com optimis yang pihak pengurusan Opick akan bekerjasama dengan mana-mana syarikat di Malaysia untuk tujuan pengedaran album khas buat para peminat Opick di Malaysia ini.

Kepada peminat Opick di Indonesia, yuk dapatkan album terbaru Opick berjudul Salam Ya Rosulullah. Katakan TIDAK pada bajakan. Dukung Industri Muzik Nusantara.

-Munsyeed{Dot}Com

 


Leave comment | Tinggalkan komen

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...