Ulasan
0 comments

Review: Madhusy Syareef – Alunan Rindu

by on July 4, 2012
Details
 
 

Perkembangan sejak kebelakangan ini, makin ramai penasyid yang tampil menerbitkan album bercorak mauled dan selawat. Tidak terkecuali, kumpulan nasyid daripada Kedah, Madhusy Syareef yang mengeluarkan album bertajuk Alunan Rindu

Meneliti konsep kulit album, terpampang gambar kubah hijau di Masjid Nabawi, Madinah, tempat bersemadinya Rasulullah SAW. Album ini dipack dalam bentuk bekas DVD. Lebih besar. Design inlaynya cantik dan kemas, seperti booklet.

Mendengar album ini, terasa jelas alunan rindu yang didendangkan mereka. Dimulai dengan Ya Arhamar Rahimin dan Ya Rabbi Solli Ala Toha, tampak mereka cuba sedaya upaya mengekalkan irama mauled itu. Full percussion, dan mainan cukup kemas.

Track ketiga, Balligh Salam ada sedikit vibe India yang diadun kemas dengan tema padang pasir. Satu percubaan menarik! Malah, saya mendengar seluruh track yang ada, susunan muzik perkusinya sangat kemas, upbeat dan downbeatnya selari. Pujian perlu diberikan dalam perkara ini.

Terdengar juga sedikit programming, susunan muzik yang ringkas mengiringi lagu-lagu seperti Ya Rasul Ya Nabi. Memang authentic padang pasir pada arrangmentnya.

Manakala untuk lagu Solatun Wassalamil Mubin, juga Nampak menarik juga untuk didengari. Cuma intro dan sound flute yang melatari lagu ini mungkin dapat diperkemas lagi. Artifical sedikit bunyinya.

Keseluruhannya, album ini sangat mengekalkan keaslian maulid dan irama padang pasir. Susunan vokalnya juga mantap, begitu juga sound keseluruhan album ini diadun kemas dan well-balanced. Syabas saya ucapkan diatas usaha yang mantap mereka.

Editor Rating
 
Vokal
100%

 
Susunan Muzik
100%

 
Kulit Album
100%

 
Kualiti Rakaman
100%

 
Kepuasan
100%

Total Score
100%

Hover To Rate
User Rating
 
Vokal

 
Susunan Muzik

 
Kulit Album

 
Kualiti Rakaman

 
Kepuasan

User Score

You have rated this

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Vokal

Susunan Muzik

Kulit Album

Kualiti Rakaman

Kepuasan