Ulasan
0 comments

Review: Mohram – Alam

by on July 5, 2012
Details
 
Ulasan
Artis
 

 

MOHRAM… Nama yang diberi buat duo pemain flute Muhardiman Ismail (Mohar) bersama Ramli Rebana (Abd Ramli Ab Hamid). Nama ini sudah terkenal sehingga ke peringkat Nusantara dengan alunan muzik Nusantara yang cukup mengasyikkan.

Saya menerima CD terbaru mereka bertajuk Alam daripada syarikat pengurusan mereka, Shue Ellis Communications. Kali ini mereka membikin satu projek khas bersama Taman Tamadun Islam di Terengganu. Hmm, apa pula magis yang mereka keluarkan kali ini ye?

Lagu Kisah Si Anak Penyu rasanya baru pertama kali saya mendengar bakat mereka menyanyi. Boleh tahan juga ya. Lagu yang upbeat juga dengarnya, dengan chorus yang catchy. Begitu juga dengan lagu Pusaka, kedengaran sungguh hype mood lagu ini. Huhu memang best!

Bening Sungai Terengganu menyaksikan kehebatan sentuhan tiupan flute Mohar. Beliau seolah-olah mahu menginterpretasikan mood lagu tersebut agar melekat dan terkesan dalam hati pendengar. Manakala track       Wira Laut, sedikit moody lagunya. Namun sedap juga vocal mereka ya.

Lagu Alam yang Sirna pula sangat kental dengan jiwa muzik melayu mereka. Lirik mereka walaupun  Nampak ringkas, namun sangat mendalam maksudnya. Subjektif juga bila mendengar album ini.

Setiap lagu yang terkandung di dalam CD pertama ini juga disertakan dengan track instrumental. Mendengar alunan dalam track instrumental, seolah kita hanyut bersama dengan alunan muzik mereka. Sangat sedap!

Manakala dalam CD kedua, terkandung lagu-lagu yang telah mereka rakam dalam dua album mereka sebelum ini, Sakti dan AntarSukkha. Kedua album ini diterbitkan sekitar tahun 2000-an dan Berjaya mengangat nama mereka, hingga membawa nama Mohram ke pentas Antarabangsa.

Bermula dengan lagu Gelang Maya yang agak moderate dan temponya, lagu Sakti membuatkan betul-betul saya melayang jadinya! Mereka seakan bijak mempermainkan emosi pendengar hanya dengan muzik. Cukup menjadi.

Macam-macam yang mereka masukkan dalam setiap lagu mereka. Walau irama Melayu tetap menjadi tunjang, namun mereka bijak mengadun dengan yang lain seperti pop, jazz, muzik tradisional Negara China dan mungkin jugak… fusion?

Pada saya, usaha Mohar dalam menerbitkan album sebegini wajar dipuji. Alunan flute, lengkap dengan arrangement muzik yang sangat mantap menjadikan karya mereka amat wajar diangkat sebagai Masterpice. Ya, mereka sangat kreatif, bukan dari segi muzik sahaja. Malah irama yang diketengahkan mampu menyentuh hati-hati setiap insan yang mendengarnya.

Editor Rating
 
Vokal
100%

 
Susunan Muzik
100%

 
Kulit Album
100%

 
Kualiti Rakaman
100%

 
Kepuasan
100%

Total Score
100%

Hover To Rate
User Rating
 
Vokal
0%

 
Susunan Muzik
84%

 
Kulit Album
82%

 
Kualiti Rakaman
100%

 
Kepuasan
100%

User Score
73%

You have rated this

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Vokal

Susunan Muzik

Kulit Album

Kualiti Rakaman

Kepuasan