0 comments

Usrah Pertama Kerabat Devotees

by on July 7, 2012
 

Kelab Peminat Devotees; Kerabat Devotees akan menganjurkan sebuah program yang diberi nama Santai Usrah & Ahlan Ramadhan Bersama Devotees. Program ini bakal diadakan pada hari Ahad, 15 Julai 2012, dari jam 6.30 petang hingga jam 10.00 malam.

Lokasi program adalah bertempat di Bilek Puteh (Tingkat 3, atas Celcom Center, berhadapan Yayasan Al-Baghdadi), Taman Prima Gombak, Batu Caves, Selangor. (Berhampiran Giant Batu Caves)

Disamping program Usrah Santai & Ahlan Ramadhan, Kerabat Devotees juga akan membuka kaunter pendaftaran keahlian baru bagi mana-mana individu yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli Kerabat Devotees pada malam tersebut.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Sertai program Santai Usrah & Ahlan Ramadhan Bersama Devotees pada 15 Julai 2012. Penyertaan terhad kepada 30 orang sahaja. Makanan turut disediakan oleh pihak penganjur. Pengangkutan tidak disediakan namun boleh berhubung dengan pihak Kerabat Devotees untuk bantuan tunjuk arah ke lokasi program.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi  019-3741437 (Shahiran) atau 013-2111450 (Faizah).

Emailkan nama penuh, nombor telefon dan lokasi untuk mengesahkan kehadiran anda ke program ini. Alamat email: kerabatdevotees@gmail.com

-Munsyeed{Dot}Com

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response