0 comments

AQIL Story: Animasi Terbaru TV AlHijrah

by on August 2, 2012
 

“AQIL Story” merupakan sebuah rancangan animasi bersiri yang memaparkan kisah teladan dari Al-Quran dan Hadis untuk kanak-kanak di antara 7-12 tahun. Animasi ini bakal ditayangkan di TV Al-Hijrah pada pertengahan bulan puasa ini.

AQIL Story diterbitkan oleh sebuah syarikat berstatus MSC, Khalifa Production Sdb Bhd.

Objektif pembangunan animasi ini adalah untuk menyemaikan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak seperti nilai kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang, akhlak dan pengajaran yang positif serta memberikan hiburan yang mendidik jiwa.

Animasi ini menggabungkan kaedah “problem & solution”, dimana kanak-kanak ini akan menghadapi masalah dalam kehidupan harian mereka pada masa sekarang, kemudian di datangkan penyelesaikan masalah melalui kisah-kisah teladan dalam zaman arab.

“AQIL Story” adalah mengenai seorang budak pintar yang berusia 10 tahun yang tinggal di Putrajaya. Dia mempunyai seorang sahabat karib yang baik tetapi nakal bernama Afif. Aqil seringkali menjadi contoh yang baik kepada keluarga dan rakan-rakannya. Aqil amat disenangi oleh rakan-rakannya kerana beliau sering mempunyai cerita-cerita teladan yang menarik untuk diceritakan kepada rakan-rakannya. Sahabat-sahabat Aqil didalam animasi ini ialah Amir, Imad, Choi dan Kumar.

Ustaz Amal bersama watak kartun beliau dalam animasi AQIL Story.

AQIL Story turut menampilkan Ustaz Amal sebagai watak penampilan khas dalam cerita animasi ini.

Antara nilai-nilai yang diterapkan didalam animasi bersiri ini adalah seperti konsep menepati janji. Sebagai contoh, Afif yang mempunyai sikap nakal dan sering menimbulkan masalah, di mana dia telah berjanji untuk memulangkan buku yang telah dipinjamkan dari seorang rakan, tetapi dia tidak menepati janji tersebut. Setelah mengetahui perkara tersebut, Aqil mula bercerita tentang sebuah kisah dari hadis yang menceritakan tentang seorang manusia yang mempunyai sifat menepati janji dan jujur. Setelah mendengar cerita tersebut, Afif merasa bersalah dan mula sedar akan sikapnya yang tidak menepati janji sedangkan dia memiliki peluang untuk memulangkannya. Kanak-kanak mudah mempelajari dan mencontohi sesuatu yang berlaku di sekeliling mereka, oleh itu penerapan nilai yang positif pada peringkat awal amat perlu.

AQIL Story

AQIL Story mempunyai 13 episod pada musim yang pertama ini. Animasi ini mempunyai durasi 22 minit pada setiap episod. Diakhir tayangan setiap episod, ikon nasyeed yang terkenal Ustaz Amal akan menyampaikan ulasan, nasihat dan riwayat-riwayat hadis untuk dicontohi dan dipelajari oleh kanak-kanak.

Menurut wakil Khalifa Production Sdn Bhd,  AQIL Story disasarkan untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa. Ia meliputi stesyen-stesyen TV islam termasuk di negara–negara utama Asia, Timur Tengah, Eropah dan Amerika termasuk TV Kompas TPI, RTB Brunei, Al-Majd Kids channel London, Hilal TV Turkey, Al-Rai TV Kuwait dan sebagainya. AQIL Story kini sedang dialih bahasa ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran luar dan dijangka siap pada penghujung bulan September 2012.

-Munsyeed{Dot}Com


Leave comment | Tinggalkan komen

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response