0 comments

Peraduan Saya Dan Nasyid

by on September 16, 2012
 

Assalamualaikum wbt.

Munsyeed{Dot}Com dengan kerjasama Arteffects International akan menganjurkan sebuah peraduan yang diberi nama Saya Dan Nasyid. Peraduan ini akan berlangsung bermula 16 September 2012 hingga 30 September 2012.

Cara Menyertai Peraduan Saya Dan Nasyid

1. Kongsikan detik-detik manis anda bersama nasyid. (Sama ada artis nasyid, lagu nasyid atau apa jua yang berkaitan nasyid). Anda boleh tulis dalam bentuk cerita, point, bergambar mahupun bervideo. Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Lihat contoh disini: Saya Dan Nasyid.

2. Siarkan di blog peribadi anda atau di Facebook anda. Pastikan anda letak logo Munsyeed{Dot}Com di dalam entri tersebut. Logo Munsyeed{Dot}Com boleh diperolehi disini: Logo 1, Logo 2.

3. Emailkan kepada kami pautan (link) artikel/entri di blog anda atau di Facebook anda. Sertakan butiran peribadi seperti: Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat dan Nombor Telefon. Email kami: [email protected]

 

Dua puluh (20) pemenang terpilih akan menerima hadiah menarik berupa sebuah CD Zikir Terapi Asmaul Husna – Mawi yang ditaja oleh Arteffects International.

Keputusan akan diumumkan pada 1 Oktober 2012.

 

Syarat-syart peraduan:

  1. Terbuka kepada semua pembaca Munsyeed{Dot}Com yang bermastautin di Malaysia sahaja.
  2. Karya yang dihasilkan mestilah karya asal yang dihasilkan oleh para peserta sendiri. Plagiat adalah dilarang sama sekali.
  3. Keputusan para juri peraaduan adalah muktamad.

 

Selamat mencuba!

Jom sebarkan kepada rakan-rakan anda!

-Munsyeed{Dot}Com

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...