0 comments

Ustaz Haslin Bollywood Bikin Album

by on February 7, 2013
 

 

Nama Ustaz Haslin Baharin bukanlah baru, namun populariti pendakwah yang dikenali sebagai ‘Ustaz Bollywood ini kian mencanak naik. Malah, ceramah-ceramah yang dimuat naik di Youtube mendapat sambutan hangat, selain sering muncul di kaca TV dan radio tempatan.

Baru-baru ini, UNICDOTMY Pro SDN Bhd telah menjalinkan kerjasama bersama Ustaz Haslin bagi menghasilkan album sulung beliau yang berkonsep zikir iaitu Zikir Zindagi.

Bakal menjengah pasaran tidak lama lagi, album yang berunsurkan zikir inspirasi ini merupakan buah tangan pertama lulusan  Universiti Islam Abu Bakr, Karachi, Pakistan. Lebih istimewa, Ustaz Haslin mempersembahkan zikir-zikir tersebut dalam nada seakan penyanyi Hindustan.

Zikir bertajuk Jago-Jago dalam Bahasa Urdu serta Situ Fi Hamallah dijangka menjadi taruhan utama album ini. Album ini bakal memuatkan 19 buah track yang mengandungi Zikir Munajat, Doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Bapa kepada tujuh orang anak ini juga merupakan panelis rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, Al Kulliyah TV3, Wanita Hari Ini TV3, Radio Kedah FM, Mutiara FM, Selangor FM dan juga Radio 24 BERNAMA FM.

Nak dengar zikir ala Hindustan? Nantikan album Zikir Zindagi yang bakal diterbitkan tak berapa lama lagi


Leave comment | Tinggalkan komen

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response