0 comments

Hafiz Nyanyi Lagu Dengan Timbalan Menteri

by on March 6, 2013
 

Penyanyi dan komposer versatil, Hafiz Hamidun muncul dengan single terbaru beserta video muzik berjudul Seruan Al-Fatihah. Lagu yang menggunakan terjemahan Surah Al-Fatihah ini dinyanyikan oleh Hafiz Hamidun bersama 2 orang lagi personaliti terkenal iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato Saifuddin Abdullah dan pelakon terkenal, Iqram Dinzly.

Jom sama-sama kita dengarkan lagu Seruan Al-Fatihah nyanyian Hafiz Hamidun, Dato’ Saifuddin Abdullah dan Iqram Dinzly. Semoga lagu ini memberi manfaat kepada kita sebagai pendengar, inshaALLAH.

Bonus! Lirik Lagu Seruan Al-Fatihah

Hafiz Hamidun dan Dato Saifuddin sewaktu rakaman lagu Seruan Al-Fatihah. Gambar ihsan: Facebook Dato Saifuddin Abdullah

Seruan Al-Fatihah
Hafiz Hamidun feat Dato Saifuddin & Iqram Dinzly

Yaa.. Allah

Dengan menyebut namaMu Allah,
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Segala puji bagiMu Allah,
Tuhan seluruh alam maya,
Engkaulah yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Yang menguasai Hari Pembalasan,
Hanyalah padaMu kami menyembah, dan kami mohon pertolongan,
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus,
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmatmu, bukan jalan mereka yang Kau murkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

 

– Munsyeed{Dot}Com

 


Leave comment | Tinggalkan komen

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...