0 comments

Aden Edcoustic Terlantar Di Hospital

by on October 28, 2013
 

Pagi tadi tersebar gambar vokalis kumpulan Edcoustic; Aden yang terlantar di hospital. Ketika menerima kiriman gambar tersebut awal pagi tadi, tanpa berlengah kami terus menghubungi pihak Edcoustic untuk bertanya lebih lanjut mengenai tahap kesihatan Aden.

Menurut Edcoustic, Aden mengalami masalah maag akut (radang perut yang serius). Sudah 2 minggu Aden tidak boleh menjamah makanan pepejal. Berdasarkan gambar yang tersebar, Aden juga kelihatan cengkung dan terbaring di hospital.

“Alhamdulillah, dua hari ini beliau sudah boleh makan. Mohon doa semuanya.” ucap Edcoustic.

Aden telah dimasukkan ke Rumah Sakit Advent, Bandung, Indonesia untuk menjalani rawatan.

Beberapa minggu lepas, Edcoustic sempat mengirimkan album terbaru mereka kepada Munsyeed Dot Com. Menurut rakan kami yang pergi ke Bandung, pada waktu itu Aden sudah mula menunjukkan simptom-simptom kurang sihat dan kerap mengadu sakit.

Apa pun, kami di Munsyeed mendoakan semoga Aden cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seharian seperti sediakala. Ameen.

TERKINI – 30 Oktober 2013

Alhamdulillah, Aden Edcoustic sudah semakin sembuh. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau.

Gambar ketika Eggie Edcoustic menziarahi Aden di Rumah Sakit Advert, Bandung. Sumber: Edcoustic.

Gambar ketika Eggie Edcoustic menziarahi Aden di Rumah Sakit Advert, Bandung. Sumber: Edcoustic.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response