4 comments

Ustaz Azhar Idrus Cipta Lirik Lagu Anak Gaza

by on November 8, 2013
 

Dalam diam-diam, rupa-rupanya pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus mempunyai bakat dalam bidang penulisan lirik. Bakat terpendam Ustaz Azhar akhirnya berjaya dikesan dan diserlahkan oleh kumpulan Hijjaz menerusi sebuah lagu yang diberi judul Anak Gaza.

Merupakan karya pertama Ustaz Azhar Idrus dalam bidang penulisan lirik, setiap baris kata yang disusun dalam lirik ini sangat mudah dihayati oleh pendengar. Bukan mudah menyelami kesengsaraan kanak-kanak Gaza yang kehidupan duniawinya tidak seindah kanak-kanak di Malaysia. Namun, melalui lirik Anak Gaza ini, Ustaz Azhar Idrus berjaya membawa pendengar menyusuri dan menyelami kisah hidup kanak-kanak di Gaza.

Melalui Anak Gaza, Isman Hijjaz telah bertindak sebagai komposer bagi lirik pertama Ustaz Azhar Idrus ini. Khabarnya, lagu ini diselitkan elemen rock ala-ala Janji Khalifah. Jika benar, pasti lagu ini antara lagu yang sangat dinantikan oleh para pendengar.

Lagu Anak Gaza ini akan dimuatkan dalam album Pelita Hidup 6: Demi Islam dan Perjuangan nyanyian Hijjaz. Bakal memasuki pasaran selewat-lewatnya penghujung November 2013.

Sebagai bonus, pihak kami telah menghubungi pihak Hijjaz Records Sdn Bhd untuk menyiarkan lirik lagu Anak Gaza, hasil ciptaan oleh Ustaz Azhar Idrus khas untuk pembaca Munsyeed Dot Com. Jika ada video nanti, kami akan cuba kongsikan kepada anda. Salam perjuangan!

Hijjaz baru sahaja melancarkan klip video Anak Gaza pada 12 Januari 2014. Klik link ini untuk menonton klip video tersebut.

Pelita Hidup 6: Demi Islam & Perjuangan - Hijjaz

Pelita Hidup 6: Demi Islam & Perjuangan – Hijjaz

Anak Gaza – Hijjaz

Lahir mu serentak dentuman peluru
Tentera kufar seribu nyawa memburu
Dibawah runtuhan si ibu menyusu
Besar diri mu di kota berdebu

Laskar durjana datang dan berlalu
Dari mula kau melihat dunia
Darah terpercik simbol syahid mulia
Engkau dewasa sedang dunia berdusta

Senapang lama mainan puteri putera
Sambil tersenyum melihat gaza di hina
Besarlah wahai anak comel tercinta
Hijau mata mu belajar erti merdeka

Merah bibir mu dalam hela yahudi durjana
Perang rambut mu menangisi bumi mulia
Bumi kebanggaan auliya’ dan anbiya’
Hanyalah satu buat ayah rasa girang

Jasad mu terbaring di medan perang
Pergilah wahai anak ku pergi berperang
Kematianmu buat ku rasa senang
Harapan syafaat di hari tiada peluang

Andai ilahi izinkan kau pulang
Esok hari pergilah lagi berjuang
Hanya satu buat ibumu senyum memanjang
Jasadmu terbaring di medan perang

Senilagu : Manis Helma (Hijjaz Records Publishing)
Senikata : Ustaz Azhar Idrus (Hijjaz Records Publishing)

Susunan Muzik : Wan Saleh
Gitar Akustik & Elektrik : Greg Henderson
Juruadun : Greg Henderson
Penerbit : Isman Isam & Wan Saleh
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 
  • November 8, 2013 at 7:47 pm

    Ustaz Azhar Idrus khabarnya ada juga menulis lirik untuk Ali XPDC.

    Langkah Terakhir

    Langkah pertama yang telah ku atur
    Buat aku sentiasa tersenyum
    Kerna tiada di hadapan ku
    Pagar yang akan menghalang

    Indahnya rasa semua keinginan ku
    Rasanya jua di angin sendu
    Dalam lena pun ia tak terhimpun
    Menjadi lautan tiada bertepi
    Tak bertepi

    Bahang neraka mula terasa
    Membakar jiwa merosak binasa
    Dosa terhimpun penuh catatan
    Hidup hanya menanti balasan

    Takut mula membisik hati
    Inikah suratan aturan Ilahi
    Langkah terakhir mesti diatur
    Ingatkan janjiMu, ingatkan EsaMu
    Luas pintu rahmatMu

    Hangatnya terasa diri ternoda
    Mengharap makrifat serta redha
    Sebelum pulang ke tempat asalku
    Terimalah langkah akhir ku ini
    Langkah terakhir

    Reply

  • November 13, 2013 at 3:03 pm

    Assamualaikum! Kami mewakili MAPIM memasarkan Album Terbaru HIJJAZ Bersamamu Baitulmaqdis. Baru dilancarkan dan masih mencari pengedar. Terdapat lagu Anak Gaza yg liriknya ditulis oleh Ustaz Azhar Idrus. Peminat yg ingin membeli boleh Like page kami di https://www.facebook.com/pages/Khidmat-Muslim/655562254477649

    Reply

Leave a Response