0 comments

Anak Ustaz Don Selamat Dilahirkan Di Mesir

by on January 20, 2014
 

Personaliti agama terkenal, Ustaz Don telah bergelar bapa apabila isteri kesayangan beliau, Husna Mohd Zahry telah selamat melahirkan anak sulung mereka di Mesir.

Cahaya mata sulung kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan isteri ini telah selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang waktu Mesir bersamaan 10.25 malam, waktu Malaysia. Menurut Ustaz Don, anak sulung beliau lahir secara normal dengan berat 3.5 kg.

Ustaz Don juga turut memberitahu yang beliau, isteri dan anak sulungnya akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari 2014.

Setakat berita ini ditulis, Ustaz Don masih belum memberitahu jantina dan nama bayi sulung beliau. InshaAllah, jika kami dapat info, kami akan kemaskini berita ini.

Kami di Munsyeed mengucapkan tahniah kepada Ustaz Don dan isteri diatas kelahiran cahaya mata sulung ini. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh, yang beriman dan bertaqwa kepada Allah serta menjadi pejuang agama yang kental. Amin.

KEMASKINI 22.01.2014

Menurut berita yang kami dengar di Johara Pagi Era, Ustaz Don Daniyal telah menamakan anak sulung beliau dengan nama Don Mustofa.

– Munsyeed Dot Com

Sumber gambar: Facebook Ustaz Don Daniyal Don Biyajid: Solat & Selawat Tour

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response