0 comments

IKIMFM Umum Bakal Anjur Anugerah Nasyid IKIMFM

by on October 27, 2014
 

Setelah menghampiri 10 tahun penganjuran terakhir Anugerah Carta Nasyid IKIMFM (ACNI), IKIMFM mengorak langkah mengumumkan penganjuran Anugerah Nasyid IKIMFM yang bakal diadakan Januari 2015.

Pengumuman ini pasti menjadi berita gembira buat seluruh peminat nasyid yang setia mengikuti rancangan yang dikendalikan oleh DJ Mohd Erwan Johari di IKIMFM.

Dengan beberapa pembaharuan yang bakal diumumkan kelak, Anugerah Nasyid IKIMFM dilihat sebagai satu penjenamaan semula bagi Anugerah Carta Nasyid IKIMFM yang popular satu ketika dahulu.

Munsyeed difahamkan, Anugerah Nasyid IKIMFM akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Sabtu, 10 Januari 2015.

Majlis anugerah berprestij ini akan disiarkan secara langsung di stesen TV AlHijrah dan radio IKIMFM sendiri.

Anugerah Nasyid IKIMFM

Anugerah Nasyid IKIMFM 2014

Menurut Pengarah Pusat Media, Dr Nik Roskiman Abdul Samad, perbincangan awal mengenai pengumuman penganjuran anugerah ini telah mendapat reaksi positif di kalangan artis dan peminat nasyid.

“Kami mendapat reaksi positif di kalangan artis dan peminat nasyid susulan dari cadangan awal penganjuran program ini memandangkan IKIMfm adalah satu-satunya radio bercirikan dakwah Islam yang beroperasi 24 jam. Jika IKIMfm tidak menjuarai mengiktiraf penggiat industri nasyid ini, mungkin tiada pihak yang akan melakukannya”, kata Nik Roskiman.

Tambah beliau lagi, beberapa pihak telah menyatakan hasrat untuk menaja dan memberi kerjasama untuk anugerah berprestij ini seperti PICC, stesen TV AlHijrah, Nasyeed.Com dan ramai lagi.

Diharapkan agar Anugerah Nasyid IKIMFM ini menjadi medium terbaik kearah memartabatkan lagu-lagu nasyid ke tahap yang sepatutnya.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menaja samada berbentuk kewangan mahupun barangan bolehlah menghubungi En Azronnizam, (013-374 4113).

Berita disunting dari laman sesawang IKIMFM.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response