0 comments

Henshin! Al-Manna Bertukar Wajah?

by on January 19, 2017
 

Tepat jam 12 pagi nanti kumpulan nasyid Al-Manna akan melancarkan single terbaru berjudul JALAN menerusi acara “Sembang Santai Single JALAN Bersama Al-Manna” yang akan dibawakan secara langsung di laman Facebook kumpulan tersebut.

Acara yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam ini bakal menyajikan para peminat nasyid tanah air dengan kisah-kisah di sebalik tabir serta kuiz interaktif yang menjanjikan hadiah menarik buat para peminat.

Imej Baru Al-Manna

Sempena dengan kehadiran single JALAN, Al-Manna dilihat tampil dengan gaya dan imej yang lebih berani, sesuai dengan lagu pop religi yang dibawakan. Jika sebelum ini Al-Manna sering tampil dengan imej sederhana, kali ini mereka memilih untuk tampil dengan gaya artis pop berkopiah.

Mengulas mengenai perkara ini, salah seorang vokalis kumpulan Al-Manna, Firdaus, ketika dihubungi menjelaskan bahawa idea dan keputusan untuk tampil dengan imej baru adalah hasil persetujuan bersama semua anggota Al-Manna.

“Kami masih pakai jubah dan kurta. Cuma dalam single baru ini, kami cuba tonjolkan sisi Al-Manna yang sedikit berbeza mengikut kesesuaian lagu.

“Sebelum ini ramai peminat kata Al-Manna asyik pakai jubah je. Jadi sempena single Jalan, kami ambil kesempatan ini untuk bertukar angin sedikit dengan membawakan imej yang baru”, jelas Firdaus kepada Munsyeed.

Sementara menantikan pelancaran single dan klip video rasmi JALAN, peminat sudah boleh memuat turun lagu tersebut di semua platform digital termasuk iTunes dan Google Play. Lagu ini juga sedia untuk distrim hari ini secara percuma di pelbagai platform penstriman muzik popular seperti Spotify, Joox dan juga Deezer.

– Munsyeed

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...