0 comments

Astro Bakal Perkenal Gegar Vaganza Versi Islamik

by on March 25, 2017
 

Setelah sekian lama rancangan realiti nasyid terkubur, tidak lama lagi para peminat nasyid dan lagu-lagu ketuhanan bakal disajikan dengan sebuah lagi program realiti pertandingan nyanyian seumpamanya terbitan Astro yang akan bersiaran menerusi Astro Oasis dan Maya HD.

Tidak seperti Akademi Nasyid yang mengetengahkan bakat baru, rancangan baru yang diberi nama “Gema Gegar Vaganza” bakal memperlihatkan barisan peserta dari kalangan artis tanah air yang telah berjaya mencipta nama di dalam industri. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada artis solo dan berkumpulan akan menggegarkan pentas di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, menerusi persembahan mingguan yang akan disiarkan setiap hari Sabtu bermula 8 April ini.

Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh blog Sensasi Selebriti, rancangan Gema Gegar Vaganza disifatkan sebagai salah satu inisiatif dari pihak Astro Oasis untuk mengangkat semula dunia nyanyian berteraskan Islam hingga ke tahap yang lebih tinggi, dalam usaha menjadikan saluran Oasis di 106 sebagai sebuah saluran Islamik yang progresif.

Siapakah 10 peserta yang bakal berentap dalam Gema Gegar Vaganza?

Nantikan pengumumannya tidak lama lagi. Walau bagaimanapun kami dapat rasakan para ‘kipas susah mati’ artis nasyid pasti sudah dapat menghidu siapakah mereka.

Kemaskini: Siapakah artis yang bertanding di Gema Gegar Vaganza? Ini petunjuk pertama daripada Astro.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response