1 comment

“Kenal empat minggu, jumpa tiga kali” – Hafiz Hamidun kongsi detik perkenalan dengan Joy Revfa

by on March 22, 2017
 

Minggu ini sahaja kita dikejutkan dengan berita artis dan penasyid solo tanah air, Hafiz Hamidun yang memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya dengan usahawan kosmetik, Siti Arifah ataupun lebih dikenali sebagai Joy sebagai teman hidup. Setelah melalui pelbagai episod percintaan, Hafiz Hamidun yang bergelar haji pada hujung tahun lepas nekad untuk mengakhiri zaman bujang bersama ibu tunggal yang dikenalinya dalam tempoh yang singkat.

“Kenal empat minggu. Jumpa tiga kali. Itu pun makan sahaja. Tetapi (sepanjang waktu itu) everyday call, everyday whatsapp.” kata Hafiz kepada wartawan di majlis pertunangannya yang telah berlangsung di The Venue, Shah Alam, tengahari tadi.

Menurut jejaka berusia 33 tahun ini, mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Jelas Hafiz lagi, Joy pernah membeli CD beliau di satu majlis dan meminta rakannya untuk mengambil tandatangannya namun dia sendiri tidak mengingat akan detik itu.

Hafiz berkongsi detik pertama dia mengenali Joy iaitu sewaktu mereka sama-sama menghadiri sebuah majlis yang diadakan di Mood Republik pada hujung Januari (25 Januari). Waktu itu dia melihat Joy sedang menolak stroller dan dia menjangkakan Joy sudah berkeluarga. Namun terdetik dihatinya rasa yang sukar untuk digambarkan ketika melihat wanita itu. Setelah diberitahu rakan, barulah Hafiz maklum akan status Joy selaku ibu tinggal dan memiliki seorang anak.

Joy memiliki seorang anak bernama Arryan Firdaus berumur tiga tahun hasil pernikahan pertamanya.

“Saya terima dia seadanya. Saya beritahu dia bermula hari ini, kita pandang ke depan. Kesalahan-kesalahan dan cerita lama yang lepas itu.. Saya tak judge,” kata pemilik syarikat Arteffects International dan jenama pakaian Haje itu kepada wartawan yang hadir. Terdapat fitnah dan tohmahan yang diberikan oleh netizen di media sosial akan hubungan Hafiz dan Joy, namun Hafiz tidak pernah mengambil peduli sebaliknya memilih untuk menanganinya secara positif tanpa menghiraukan mulut-mulut orang yang mengata.

Di samping itu, Hafiz akui yang keluarganya agak terkejut dengan keputusan yang dibuat olehnya. Namun setelah berbincang dan membawa Joy sendiri untuk berkenalan lebih rapat dengan keluarga, akhirnya mereka menerima dengan hati terbuka. Tambah Hafiz lagi, keluarga telah memberi kepercayaan kepadanya untuk memutuskan soal perkahwinan apatah lagi Hafiz sudah berjanji dengan keluarga untuk mengakhiri zaman bujang selepas selesai menunaikan haji.

“Saya happy. Itu sahaja,” kata Hafiz sambil tersenyum lega. Beliau secara jujur selesa dengan perwatakan dan peribadi Joy. Perkenalan dan perbualan yang singkat telah membuahkan keserasian di antara mereka. Walaupun menceburi bidang perniagaan yang agak jauh berbeza, namun Hafiz yakin mereka mampu mencipta persefahaman selepas pernikahan.

Galeri Gambar

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...

Leave a Response