0 comments

Siti Arifah Pilihan Hafiz Hamidun, Akhiri Zaman Bujang 1 Mei

by on March 15, 2017
 

Selepas sekian lama berteka-teki mengenai identiti bakal isteri, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun hari ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pengasas MERVE Group Holdings Berhad, Siti Arifah Amin, 30 pada 1 Mei ini.

Menurut Hafiz, majlis persandingan mereka akan dilangsungkan pada 1 Julai manakala majlis di sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 7 Julai di Perak.

Buat masa sekarang Hafiz tidak berhasrat untuk mengulas lanjut mengenai bakal isteri beliau dan akan merungkai segala persoalan pada satu sidang media khas yang dijadualkan akan berlangsung di hari pertunangan mereka 22 Mac ini.

Kami di Munsyeed mendoakan semoga segala yang dirancang oleh Hafiz kali ini akan berjalan dengan baik dan lancar dari awal hingga ke akhirnya.

sumber: Harian Metro

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...