0 comments

Spotify Catat Bilangan Pengguna Berbayar Tertinggi

by on March 3, 2017
 

Penyedia perkhidmatan penstriman muzik terkemuka, Spotify, hari ini mengumumkan pencapaian terbaru mereka menerusi Twitter selepas berjaya mencatatkan jumlah pelanggan berbayar sebanyak 50 juta dengan peningkatan lebih kurang 20 juta pengguna berbayar berbanding Mac tahun lalu.

Pendedahan data terbaharu ini sekaligus meletakkan Spotify di hadapan pesaing-pesaing utama lain yang turut menyediakan perkhidmatan yang sama antaranya Apple Music, Deezer dan juga Play Music daripada Google. Sehingga hari ini, Spotify telah memiliki lebih 100 juta pengguna perkhidmatan tersebut secara keseluruhan. Angka ini dijangka akan terus meningkat memandangkan hari ini semakin ramai pendengar mula beralih ke platform penstriman muzik digital untuk mendengar lagu-lagu hit terkini dari dalam dan luar negara.

Perkembangan ini pastinya sesuatu yang amat dialukan oleh ramai pihak terutamanya artis dan syarikat rakaman yang kebelakangan ini dilihat lebih fokus kepada edaran album dan single di dalam bentuk digital berbanding CD.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response