0 comments

TV AlHijrah Hidangkan Pelbagai Rancangan Menarik Sepanjang Mac 2017

by on March 9, 2017
 

TV AlHijrah meletakkan tahun 2017 sebagai tahun yang pastinya membawa kejayaan dan kegemilangan buat stesen televisyen Islam pertama negara ini. Setelah berada hampir tujuh tahun di dalam industri penyiaran, pastinya TV AlHijrah mahu kekal releven sebagai stesen yang menawarkan kandungan penyiaran berorientasikan Islam dan bertaraf antarabangsa.

Pelbagai penambahbaikan agresif giat dilakukan terutamanya dari sudut promosi, penjenamaan dan kandungan agar sentiasa segar memenuhi selera penonton dalam dan luar negara.

Khas untuk penonton setianya, TV AlHijrah membawakan barisan rancangan-rancangan menarik yang telah disusun sepanjang Mac 2017.

Pemilihan siaran sepanjang Mac ini adalah bagi memenuhi permintaan penonton yang mahukan rancangan inklusif meliputi semua genre seperti bual bicara, kerohanian, dokumentari dan lain-lain.

Tambahan, peratusan peningkatan penonton yang mengikuti rancangan-rancangan stesen ini yang dipenuhi bimbingan agama, kerohanian dan motivasi menunjukkan TV AlHijrah berjaya menerbitkan program-program yang memberi nilai tambah kepada masyarakat.

Antara rancangan istimewa sepanjang bulan Mac ini adalah rancangan [email protected], @Dhuha, Dokumentari Sinar Iman dan Langit Terang.

[email protected]

Rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah akan bersiaran selama dua jam sahaja mulai Mac ini. Assalamualaikum akan memulakan siaran pada jam 8 hingga 9 pagi. Siaran kemudian diteruskan dengan rancangan [email protected]

[email protected] adalah sebuah program bual bicara pagi berdurasi satu jam bermula jam 9 pagi hingga 10 pagi yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Ahad. [email protected] disiarkan sejurus rancangan Assalamualaikum tamat.

Apa yang menarik, selain daripada pendekatan santai dan bersahaja yang digunakan untuk membincangkan polemik-polemik semasa demi menyalurkan informasi dan maklumat terkini buat ummah, [email protected] turut membariskan personaliti terkenal tanah air selaku barisan hos yang akan mengemudi rancangan ini.

Antara personaliti yang telah dilamar oleh TV AlHijrah untuk memeriahkan suasana pagi di [email protected] ialah Elfira Loy, Fara Fauzana, Datuk Nurul Hidayah Zahid, Ashraf Muslim, Zoey Rahman, Fadzil Zahari, Erwan Muhibbain dan beberapa nama besar lain.

This slideshow requires JavaScript.

Kesemua mereka akan ditemani oleh pengacara dalaman TV AlHijrah iaitu Nadzirah Sharingat, Farahanim, Irma Hasmie, Amie Sofia, Raja Farah, Fadzli Aziz, Ardi Herman dan lain-lain.

Selain daripada gabungan personaliti tanah air dan personaliti dalaman TV AlHijrah selaku pengemudi rancangan, kelainan [email protected] turut dapat dilihat menerusi tajuk-tajuk segar yang dipilih dan dikupas setiap hari dalam segmen-segmen yang telah ditetapkan.

Antara segmen-segmen menarik adalah KEKELUARGAAN, BAYI SIHAT, AGRO TANI, KESIHATAN WANITA, NAK KE MANA?, APLIKASI PILIHAN, PASAR HARI INI, DIY SI CILIK, KUCING SEHAT, SAINS BELAKANG RUMAH, SARAPAN dan lain-lain.

[email protected] turut memberikan pembaharuan lain dimana siaran secara langsung ini tidak dibuat di dalam Studio Digital TV AlHijrah tetapi [email protected] akan bersiaran santai di ruang luar aras studio TV AlHijrah.

@DHUHA

@Dhuha adalah sebuah rancangan baru terbitan dalaman TV AlHijrah dengan genre kerohanian. @Dhuha disiarkan setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10.30 pagi.

Bertepatan dengan judul rancangan ini, @Dhuha merupakan rancangan pertama seumpamanya di Malaysia yang mengajak penonton untuk menghayati dan melaksanakan amalan sunat yang diajar Islam sewaktu bermulanya waktu Dhuha.

Daripada Abu Dzar R.A., Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” – Hadith riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud

Oleh yang demikian, antara yang akan dipaparkan sepanjang 30 minit siaran @Dhuha adalah bacaan surah-surah Al-Quran, Doa Dhuha, Zikir Harian, Bacaan Hadith dan Selawat daripada selebriti tempatan.

TV AlHijrah melihat bahawa @Dhuha mampu mendedahkan penonton pelbagai lapisan masyarakat untuk mencintai dan mengamalkan Al-Quran dan As-Sunnah di dalam kehidupan seharian.

DOKUMENTARI SINAR IMAN

Dokumentari Sinar Iman adalah sebuah dokumentari yang menceritakan kegigihan tiga insan istimewa dalam menyampaikan dakwah dan menyebarkan Islam nun jauh ke pedalaman Ulu Tembeling, Pahang Darul Makmur.

Pastinya, segala sisi diri termasuk mental, fizikal dan spiritual teruji dalam usaha memastikan masyarakat Ulu Tembeling menerima dakwah Islamiah.

Dokumentari Sinar Iman akan disiarkan pada 8 & 15hb Mac 2017, jam 9 malam.

Saksikan Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman (Mufti Negeri Pahang), Ustaz Shahrin dan Ustaz Rosli berganding bahu dan berpimpin tangan mendidik dan menerapkan nilai-nilai Islam di dalam kehidupan seharian Masyarakat Orang Asli di sana sehingga kebanyakan daripada mereka mampu mengalunkan Al-Quran dengan begitu indah sekali.

Selain hadir dengan misi menyebarkan dakwah, ketiga-tiga tokoh agama ini turut bersama dengan pelajar dalam memberikan motivasi dan bimbingan sewajarnya. Antara lain, mereka turut memberikan pembelajaran ilmu falak secara langsung kepada masyarakat setempat hingga terbitnya idea pembinaan balai cerap di tengah Ulu Tembeling.

Turut dimuatkan aktiviti di sanktuari lampam dan paparan sejarah istana ulu tembeling dan makam pendakwah pertama di sana.

LANGIT TERANG

Program Langit Terang disiarkan pada setiap Khamis, jam 9 malam. Rancangan bergenre majalah realiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah sebuah rancangan yang menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar IPTA berstatus Asnaf bagi meneruskan pembelajaran sekaligus merubah kehidupan mereka menerusi pendidikan.

Seramai 26 orang pelajar yang memenuhi kriteria telah dipilih sebagai responden. Mereka akan diberikan peluang untuk memajukan diri dan meneruskan pengajian dengan lebih baik melalui bantuan-bantuan pelajaran yang disalurkan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

This slideshow requires JavaScript.

Bantuan-bantuan pelajaran ini terdiri daripada bantuan yuran pengajian, peralatan pembelajaran, buku rujukan, bantuan sara hidup dan beberapa bantuan lain yang dirasakan bersesuaian dan membantu pelajar-pelajar asnaf ini cemerlang dan berjaya membawa pulung segulung ijazah sekaligus mengubah nasib keluarga tercinta kelak.

PU HAFIZ yang dipilih sebagai perantara rancangan ini turut bertindak sebagai seorang motivator yang memberikan motivasi dan inspirasi agar responden kekal kuat dilandasan dan terus bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan.

Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Loading Facebook Comments ...