0 comments

Bertemu Semula: Hadiah REUNIC Buat Peminat Setia UNIC

by on April 19, 2017
 

Kurang dari seminggu sahaja lagi konsert reunion UNIC akan menemui peminat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia. Sehingga kini pelbagai persiapan telah dilakukan oleh pihak penganjur untuk memastikan malam yang penuh bersejarah ini bakal mencipta momen terindah serta kenangan yang sangat bermakna buat para peminat UNIC.

Selain mengadakan konsert reunion sempena sambutan 15 tahun UNIC berjuang di dalam industri, kumpulan ini yang suatu masa dahulu pernah bernaung di bawah Hijjaz Music Entertainment akan melancarkan lagu single terbaru berjudul “Bertemu Semula”.

Hadir dengan nama REUNIC, “Bertemu Semula” bakal diperdengarkan buat pertama kalinya secara eksklusif kepada peminat yang hadir di konsert ReUNIC yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini. Lagu ini dicipta sendiri oleh Bazli UNIC manakala lirknya pula menerima sentuhan sakral dari penulis lirik nasyid tersohor tanah air, ITO Lara.

Berikut adalah video teaser yang diterbitkan di laman Facebook Reunic.

Terdahulu Bazli UNIC pernah memberikan sedikit hint mengenai single khas yang menghimpunkan bekas anggota UNIC.

Bagi anda yang masih belum mendapatkan tiket konsert ReUNIC, silalah bertindak dengan segera sebelum terlambat. Tinjauan Munsyeed di laman www.reunic.com menunjukkan sudah ada tiket yang sold out!!!

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response