0 comments

(Galeri Gambar) Mirwana Bangkit di Minggu Kedua Gema Gegar Vaganza

by on April 17, 2017
 

Minggu lepas telah berlangsung konsert kedua Gema Gegar Vaganza yang disiarkan serentak secara langsung di saluran Astro Oasis dan Maya HD. Tidak seperti pada minggu pertama, cabaran sebenar Gema Gegar Vaganza bermula pada konsert kali ini bagi kesemua 10 peserta apabila mereka ditugaskan menyampaikan lagu daripada artis lain dengan gaya mereka yang tersendiri.

Bertemakan “Dalam Lagu Ada Makna”,  konsert kali ini menyaksikan kumpulan Mirwana bangkit menerusi lagu ‘Satu’ nyanyian asal Dewa 19. Persembahan hebat yang ditampilkan oleh 6 anggota kumpulan Mirwana ini berjaya menarik perhatian para penonton dan juga juri profesional hingga dinobatkan sebagai persembahan terbaik pada malam tersebut.

Minggu ini juga menyaksikan penyingkiran pertama berlaku di Gema Gegar Vaganza. Setelah mendapat markah paling rendah daripada juri profesional, gegaran Bienda terhenti selepas bertahan selama 2 minggu.

Minggu ini 9 peserta yang masih kekal bakal meneruskan perjuangan di pentas Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur. Mereka yang masih kekal ialah UNIC (Iman Mutiara), Hijjaz (Selimut Putih),Mirwana (Doa), Azmi Saat (HambaMu), Hafiz Hamidun (Aduh Saleha), Izam EYE (Pada Mu Ku Bersujud), SAUJANA (Hikmah), Wani (Intifada) dan Ana Raffali (Perjalanan Hidup).

Juara Gema Gegar Vaganza akan membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi. Manakala bagi naib juara, tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Galeri Gambar

Tonton semula persembahan minggu kedua 10 peserta Gema Gegar Vaganza di www.gemagegarvaganza.com.my.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response