0 comments

“Kami bukan ramai peminat sangat pun” – Munif

by on April 5, 2017
 

Sejak Hijjaz mengumumkan bahawa mereka akan turut serta dalam rancangan Gema Gegar Vaganza terbitan Astro, mereka telah dihujani pelbagai reaksi daripada para peminat setia mereka.

Hasil pemerhatian kami di beberapa laman sosial, reaksi yang diterima agak bercampur-baur. Di page-page mainstream media, rata-rata komen positif yang diterima, namun tidak di portal-portal islamik.

Ternyata penyertaan Hijjaz kali ini turut tidak terlepas daripada kritikan dan tak kurang juga yang menentang habis-habisan. Namun pada kami, Hijjaz memang terkenal dengan pelbagai tindakan yang menongkah arus….dan adakalanya ‘gila’!

Tampil menjawab kritikan, Munif Ahmad akhirnya terpaksa membuka mulut bagi meleraikan persoalan daripada para peminat tegar mereka.

“Kami dah tolak sebenarnya tawaran untuk menyertai GGV ni. Kami pun dah makin berusia, tak larat dengan bersaing dengan junior-junior kami dalam industry nasyid,” jelas Munif.

Hijjaz di sidang media Gema Gegar Vaganza

Namun jelasnya, mereka mula mengubah fikiran selepas mengadakan beberapa pertemuan bersama pihak Astro – namun tetap teguh dengan matlamat utama mereka iaitu tidak mahu bersaing, sebaliknya lebih fokus dengan matlamat utama mahu mengembalikan semula kegemilangan industri nasyid.

“Realitinya, nasyid sangat susah nak dapat publisiti di stesen TV. Jadi pihak Astro sebenarnya sangat-sangat mengharapkan sokongan daripada nama-nama besar industri nasyid terutamanya daripada Hijjaz, Raihan dan Rabbani. Kami diberitahu yang Raihan dan Rabbani masih belum bersedia untuk program kali ini. Jadi kami ambil keputusan, biarlah kami mewakili mereka untuk memeriahkan lagi GGV.”

“Lagipun pihak Astro memujuk kami agar kami tidak menjadikan matlamat untuk menjadi juara sebagai keutamaan. Mereka sudah sediakan platform yang baik untuk kami memeriahkan kembali nasyid. Masih ramai lagi yang tak kenal nasyid. Entah-entah kami pun dah tak ramai yang kenal”

Pun begitu, Munif sangat optimis bahawa tindakan ini bakal meraih kembali orang untuk mengenali nasyid dan hiburan islamik. Malah dia turut mengharapkan sokongan peminat. Malah beliau tampak sangat bersemangat untuk mengharungi cabaran kali ini.

“Selagi belum keluar, kami akan buat sehabis baik. Tapi kalau terkeluar awal pun lega jugak, lega sikit bebanan. Maklumlah, kami pun bukan ramai sangat yang minat dah,” gurau Munif sambil ceria menutup cerita.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response