0 comments

Konsert REUNIC – Mana ada tiket free!

by on April 12, 2017
 

SINGLE pertama UNIC, Hanya Tuhan Yang Tahu yang dirilis pada tahun 2002 tiba-tiba membuatkan kumpulan yang bernaung dibawah Hijjaz Records itu menjadi kegilaan para peminat nasyid…ehem, terutamanya ‘geng tudung labuh’.

Namun uniknya UNIC, hampir setiap album mereka bertukar ahli. Namun tak pernah sekalipun kami dengar mereka bergolak teruk, malah ada saja rilisan mereka menjadi hits, termasuk Doa Dhuha yang kini menjadi anthem utama UNIC….. tu doa la beb, tak kan nak panggil ‘anthem berhantu’ lagi kot!

Ketika UNIC mengumumkan untuk membuat penampilan besar-besaran dalam konsert reunion mereka, Konsert ReUNIC, ramai yang teruja melihat mereka bergabung semula. Tapi… bergabung balik semua sekali ke? Hafiz Hamidun, Fitri, Fadzli masuk balik ke?

Baca Reunion UNIC Jadi Realiti

Akhirnya, Bazli tampil menjawab semua persoalan.

“Sebenarnya, idea untuk buat penampilan khas ala-reunion bersama bekas ahli UNIC ni dah lama kami rancang tiga-empat tahun lepas, iaitu sempena ulang tahun kesepuluh UNIC. Kami sendiri terima terlalu banyak permintaan untuk buat reunion bersama bekas ahli UNIC tapi itulah, banyak sangat kekangan masa tu,” jelas Bazli memulakan perbualan.

Kata Bazli, setiap kali mahu memulakan langkah, mereka sering menghadapi kekangan komitmen yang menghambat setiap daripada mereka untuk menjayakan reunion ini. Malahan, faktor kewangan dan masalah mencari para penaja menjadi halangan untuk projek ini diteruskan.

“Ramai sebenarnya yang bertanya, bagi mesej, komen di FB dan Insta tetang bila kami nak reunion semula. Jadi kami buat konsert ini untuk imbas balik zaman permulaan kami.

“Selain tu, kami juga mengadakan konsert reunion ini adalah untuk mengimbau balik kenangan-kenangan lama, sejak kemunculan pertama kami pada tahun 2002 sampailah waktu sekarang. Kami nak bersama-sama peminat kami untuk imbas balik apa yang kami dah lalui sepanjang 15 tahun karier kami.

Ketika kami bertanya satu soalan panas – adakah UNIC akan bergabung kembali, pantas Bazli menyanggah… TIDAK!

“Rasanya semua dah maklum, kami dah membawa haluan dan konsep kami masing-masing. Hafiz Hamidun dah ada target dia, UNIC pun ada cara kami sendiri, malah yang lain jugak dah ada hala tuju masing-masing. Jadi kami rasa adalah lagi baik kami rencanakan konsert Reunion ini untuk mengubati rindu para peminat kami.

Kasih seorang ayah.

Ditanya kenapa Apen dan Wanshah tidak terbabit dalam reunion kali ini, Bazli menjelaskan mereka memerlukan ahli yang masih aktif dalam industri dan mampu memberikan sepenuh komitmen terhadap projek kali ini.

“Album baru? Mungkin taklah kot. Sebab dengan keadaan industri sangat tenat sekarang, siapa nak beli album? Yang dah ada ni pun orang dok sibuk download. Macam mana nak rakam? Kos lagi banyak nak guna duit. Tapi kalau single reunion bersama ex-UNIC insyaAllah kami akan cuba.

Bercerita tentang perbezaan peminat dahulu dan sekarang, Bazli menjelaskan peminat UNIC masa kini lebih banyak berinteraksi di laman sosial seperti Facebook dan Instagram, berbanding pada zaman permulaan bersama Hijjaz Records.

“Ketika itu, mereka lebih banyak berinteraksi di forum-forum seperti Kelab Sahabat Hijjaz dan sebagainya, namun semangat peminat dulu memang lain macam sehinggakan sanggup datang support show kami di mana-mana.

“Dulu, kalau ada birthday atau nak wish apa-apa, mereka akan hantar sesuatu ke pejabat Hijjaz Records. Macam-macam yang kami dapat, anak patunglah, cenderamata. Kalau hari raya itu jangan ceritalah. Berpuluh guni kad raya yang sampai ke HRSB!,” cerita Bazli sambil tertawa mengimbau kisah ketika bernaung dibawah Hijjaz Records.

Bagi pihak UNIC, beliau sangat berharap agar para peminat baru dan lama datang memberi sokongan dengan membeli tiket dan menghadiri konsert mereka. Menurut mereka, sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada para pesakit kanser di Hospital Kuala Lumpur, termasuk anaknya sendiri, Muhammad Shahid.

“Lagipun kami juga sudah banyak berhabis untuk membayar kos konsert ini, daripadaa sound system, dewan, promosi dan macam-macam lagi. Jangan pulak nanti ada yang datang mintak tiket free!”

Beli tiket ReUNIC

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response