0 comments

Reunion UNIC Jadi Realiti

by on April 4, 2017
 

Hampir empat tahun yang lalu, Munsyeed pernah menyuarakan satu idea yang berbentuk harapan, agar suatu masa nanti anggota kumpulan nasyid UNIC dari zaman awal penubuhannya hingga kini kembali bersatu. Tidak kira samada ianya reunion dalam bentuk projek lagu single atau album, projek reunion ini pasti sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh para peminat setia UNIC.

Baca UNIC Reunited – mampukah Mereka Bersatu?

Seperti yang dijangkakan, idea ini mendapat sambutan hangat daripada kalangan peminat nasyid tempatan pada ketika itu sehinggakan ada segelintir peminat menggesa Hafiz Hamidun kembali bersama UNIC. Tidak kurang juga terdapat beberapa pihak yang tidak senang dengan hasrat yang kami suarakan di dalam artikel tersebut.

Sungguh! Perancangan Allah swt adalah yang terbaik.

Akhirnya hasrat peminat untuk melihat ikon remaja mereka suatu masa dahulu kembali bersatu bakal menjadi realiti!

Bersempena ulang tahun ke-15 penubuhan UNIC, sebuah konsert reunion, ReUNIC, anjuran Arteffects International dan UNICDOTMY PRO telah diumumkan dengan secara rasmi dalam satu sesi sidang media hari ini.

“Konsert ini khas untuk peminat setia UNIC, kami akan menyanyikan koleksi lagu-lagu popular kami satu ketika dulu. Saya akan bagi komitmen 100% untuk menjayakan persembahan gabungan khas ini,” ujar Hafiz Hamidun.

Selain ingin mengubati kerinduan para peminat setia UNIC, konsert yang dijadualkan akan berlangsung pada April ini juga bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu kanak-kanak yang sedang membuat rawatan penyakit kanser di Hospital Kuala Lumpur termasuk anak Bazli UNIC.

“Bagi saya pula ianya amat terkesan dihati memandangkan anak saya kini kurang sihat dan masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur, tujuan konsert ini pula untuk membuat pungutan tabung amal membantu anak-anak yang sedang membuat rawatan kanser di HKL.

“Tabung ini bukan sahaja untuk anak saya tetapi untuk mereka semua yang satu wad dengan anak saya. Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan moral pada saya dan juga anak saya (Syahid),” jelas Bazli yang juga merupakan ketua kumpulan UNIC.

Konsert REUNIC akan diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia pada 23 April 2017 jam 9 malam. Harga tiket bermula dari RM15, RM25, RM50 dan RM100 akan mula dijual secara atas talian di laman web www.reunic.com Jumaat ini. Tiket-tiket tersebut juga boleh didapati di pintu masuk dewan USIM pada hari konsert ReUNIC berlangsung.

Pertukaran anggota UNIC sebelum kemasukan Imam Muda Najdi.

Ikuti Instagram @reunic untuk mendapatkan segala informasi terkini berkenaan konsert ini.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response