0 comments

Karya Nasyid Baru Menjelang Ramadhan 2017

by on May 16, 2017
 

1. Halim Ahmad – Ketika Hanya Nama Mu

Halim Ahmad merupakan antara artis nasyid yang jarang sekali kelihatan sepi dari sebarang penghasilan karya-karya baru. Kesibukannya mengendalikan agensi pelancongan Jom Backpacker sedikit pun tidak menghalang beliau menghasilkan karya berkualiti buat tatapan para peminat.

Dalam perkembangan terbaru, Halim yang juga merupakan anggota kumpulan nasyid Devotees baru sahaja mengumumkan single baru berjudul “Ketika Hanya Nama-Mu”. Lagu ini akan menemui peminat di semua platform digital mulai 23 Mei 2017 (Selasa).

2. Maher Zain – Assubhu Bada & Peace Be Upon You

Setelah hampir setahun album One berada di pasaran, Maher Zain kini kembali dengan menampilkan 2 buah tangan terbaru buat para peminat menjelang Ramadhan kali ini.

Menerusi laman rasmi Facebook beliau, Maher memperlihatkan tarikh 19 Mei 2017 (Jumaat) sebagai tarikh single terbaru berjudul “Assubhu Bada” akan mula menemui para peminat di seluruh dunia.

Selain itu, Maher Zain menerusi label Awakening Records juga akan turut menerbitkan semula salah sebuah lagu yang terkandung di dalam album One berjudul “Peace Be Upon You” di dalam versi Bahasa. Versi terbaru ini akan mula diperdengarkan secara rasmi pada 23 Mei 2017 (Selasa).

Walau bagaimanapun para peminat Maher Zain di Indonesia telah berpeluang untuk mendengar versi terbaru ini lebih awal di corong-corong radio pada hari Jumaat minggu lalu.

Pesanan awal (pre-order) bagi kedua lagu ini boleh dilakukan di platform iTunes bermula hari ini.

3. Harris J – Save Me From Myself

Selepas dibelenggu kontroversi pengundurannya dari dunia hiburan beberapa bulan yang lalu, Harris J kini kembali bangkit meneruskan perjuangan dalam dunia seni suara.

Beliau yang baru sahaja selesai menjalani siri jelajah UK bersama badan kebajikan Penny Appeal bakal hadir dengan sebuah single terbaru berjudul “save me from myself”. Tempahan awal single ini sudah boleh dilakukan menerusi platform iTunes mulai hari ini.

“Save me from myself” akan mula diperdengarkan kepada peminat secara rasmi pada 23 Mei 2017 (Selasa).

4. Waqas (Outlandish) – One Foot In The Sink The Other On A Banana Peel

Jika sebelum ini beliau sering membawakan lagu-lagu berunsur positif seperti “Look Into My Eyes” dan “Aicha” bersama kumpulan Outlandish, kali ini salah seorang anggota kumpulan trio tersebut, Waqas Ali, buat julung kalinya akan tampil dengan album nasyid solo pertama beliau semenjak penglibatannya dalam dunia hiburan di Eropah.

Album yang diberi nama “One Foot In The Sink The Other On A Banana Peel” akan menampilkan ganding mantap bersama beberapa artis dan selebriti ternama di dalam lagu termasuk pendakwah terkemuka, Imam Suhaib Webb.

“One Foot In The Sink The Other On A Banana Peel” akan dilancarkan pada 24 Mei 2017 (Rabu).

Selain lagu dan album yang disenaraikan di atas, masih terdapat beberapa lagi karya lain dari dalam dan luar negara yang dijangka akan menyusul tidak lama lagi. Kami akan mengemaskini senarai ini sebaik sahaja pengumuman rasmi telah dikeluarkan.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response