Berita
Malaysian Islamic Music Star Hafiz Hamidun Launches His New Single Marhaban First on Twitter and Periscope
Diterbitkan
pada
Fans of Islamic music singer and songwriter Hafiz Hamidun will get an up close and personal opportunity to listen to his new single “Marhaban” tomorrow at 8.30PM (local time) via Twitter and Periscope. Twitter will give fans a chance to connect to and engage with the multi-platinum, award-winning singer and songwriter via a live Listening Party on Periscope and a Twitter Q&A session. Hafiz will premiere Marhaban on Periscope (https://www.periscope.tv/hafizhamidun), where excited fans across the world can finally have a first listen to the single; which will be followed by a Twitter Q&A with his fans about his new single. Fans can Tweet their questions to Hafiz using the #TanyaHH hashtag. He will then select questions to answer in real-time via written and video answers at his official Twitter account (https://twitter.com/hafizhamidun).
“Twitter allows me to connect with my local and overseas fans through live conversations via text, images and videos in my Tweets. I am honoured to be the first Malaysian artist to collaborate with Twitter for a music release, and I’m excited to have my fans join me at my first-ever Twitter Q&A session and Periscope listening party,” said Hafiz Hamidun.
Pratiksha Rao, Head of Media Partnerships, Southeast Asia, Twitter, said, “We are thrilled to collaborate with one of the most successful, influential Islamic singers in the Far East to engage with his fans and celebrate his music in real-time through Twitter and Periscope. Twitter is the best way to connect with your favourite artists through live conversations on our global platform.”
Launching my new single #Marhaban via @Twitter / Periscope on 27/5 – at 1230 (GMT) / 2030 Malaysia. Ask me #TanyaHH pic.twitter.com/SW86Sm9oOw
— Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) May 25, 2016
Hafiz does a wonderful job of using Twitter to connect with his 430,000 followers by expressing his thoughts and opinions, providing behind-the-scenes access to his life, and sharing inspirational and motivational quotes on the platform. Here are some of his most shared Tweets on the platform:
Jalan pertama untuk keluar dari masalah ialah doa.
— Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) June 20, 2015
Bak kata Wardina,
Lelaki yang menyentuh kamu sebelum perkahwinan bukanlah mencintaimu, tetapi menghina kamu.
Well said.
— Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) October 17, 2015
Nilai ringgit turun.
Harga minyak naik.Ramadhan penuh ujian.#BeStrongMalaysian
— Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) June 30, 2015
Jalan pertama untuk keluar dari masalah ialah doa.
— Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) June 20, 2015
"Time suka… Sanggup call, whatsapp semua
Bila whatsapp pun tak nak balas dah, faham-faham je lah."
Move on. Jgn tunggu orang mcm ni
— Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) April 3, 2016
Even if you don’t have a question in mind, follow the official @hafizhamidun account on Twitter and on Periscope to stay up to date on Hafiz’s activities and to connect with the artist in real-time. Don’t miss this once-in-a-lifetime opportunity to connect with the Sony Music artist and have a listen at his new single, Marhaban.
Berita
“Saya cipta lagu Jangan Risau untuk bantu orang yang anxiety…” – Ustaz Adnin Roslan
Diterbitkan
pada
March 18, 2024Tidak mahu tampil dengan karya tipikal dan tidak bermaya, gandingan penyanyi dan pendakwah muda, Aniq Muhai dan Ustaz Adnin Roslan hadir dengan kelainan di dalam single baharu mereka “Jangan Risau”. Berbeza dengan lambakan karya nasyid sedia ada, “Jangan Risau” membawakan irama nasyid yang rancak dan energetik, sesuai dengan citarasa pendengar masa kini.
Mengulas tentang perkara ini, Aniq Muhai berpendapat, lagu-lagu dakwah perlu diberikan nafas baru agar kekal relevan.
“Kita nak pecahkan stereotaip masyarakat yang dakwah ni tak semestinya kena lagu bemelodi yang tidak rancak ataupun melankolik sahaja. Sebenarnya banyak mesej-mesej dakwah yang boleh disampaikan dalam rentak dan mood yang lebih ceria.
“Irama dan melodi seperti ini lebih mudah diterima oleh pendengar mungkin kerana mood lagunya yang lebih santai dan happy.
“Percubaan pertama saya lakukan dengan lagu ‘Kun Qowiyyan’ tahun lepas menampakkan hasil. Kejayaan itu saya bawa ke dalam lagu Jangan Risau pula.
Sehingga kini lagu Kun Qowiyyan terus mendahului Carta Nasyid Zayan setiap minggu selain pernah trending di YouTube Malaysia di awal kemunculannya tahun lalu.
“Mungkin sudah tiba masanya kita berikan nafas baru dalam penyampaian dakwah dan sebarkan positiviti dalam lagu.
Turut berkolaborasi bersama Aniq Muhai ialah komposer dan pencipta lagu “Jangan Risau”, ustaz Adnin Roslan.
Menurut komposer dan pempengaruh media sosial itu, beliau mencipta “Jangan Risau” bagi menggambarkan cabaran yang dihadapi oleh mereka yang berhadapan anxiety.
“Saya cipta Jangan Risau untuk bantu orang yang anxiety, yang terlebih memikirkan benda yang belum tentu terjadi. Kerana kerap fikir benda yang akan datang, membuatkan kita takut untuk buat keputusan dan buat pilihan hidup.
Jelas pendakwah muda itu, keadaan dan situasi itu menyebabkan terjadinya kecelaruan serta gangguan dalam hidup.
“Perasaan risau berlebihan ini akan buatkan kita semakin stress dan susah nak maju kehadapan.
“Sebab itu saya cipta lagu dengan rentak sebegini. Lagu sedih, melayan perasaan dah banyak dipasaran. Why not buat lagu happy untuk buat orang tersenyum dan dapat kekuatan darinya.
Turut menjadi keunikan di dalam single terbaru ini apabila watak kameo ustaz Adnin Roslan di dalam music video ini dinyanyikan oleh penyanyi yang juga rapper, Albert Rahim.
“Jangan Risau” merupakan sebuah karya yang memaparkan mesej yang positif dan menginspirasi kepada semua pendengar. Lagu ini mengajak pendengar untuk tidak bimbang dan sentiasa yakin dengan hikmah dan takdir yang Allah SWT berikan.
Melalui lirik yang santai dan irama yang ceria, “Jangan Risau” terbitan Tarbiah Sentap Records itu diharapkan dapat menjadi lagu yang memberikan ketenangan dan kekuatan kepada setiap pendengar.
Berita
Biar Satu Dunia Tahu – Solidariti Faizal Tahir dan Mirwana Untuk Palestin
Diterbitkan
pada
March 15, 2024Bermula dari niat dan tujuan yang sama, Faizal Tahir dan Mirwana sekali lagi bergabung tenaga dalam sebuah lagu bertajuk “Biar Satu Dunia Tahu.” Kolaborasi ini bukan sekadar mempersembahkan gabungan elemen muzik moden dan gubahan suara yang unik, tetapi juga menyuarakan sokongan yang berterusan untuk rakyat Palestin dalam suasana genting yang mereka hadapi.
Ditulis oleh Fahimi Rahmat, Firdaus Rahmat & Faizal Tahir sendiri, “Biar Satu Dunia Tahu” merupakan sebuah karya yang membawa mesej kesatuan dalam menghadapi musuh dan ketidakadilan dunia hari ini. Liriknya menggambarkan keperihatinan terhadap nasib rakyat Palestin dan menyeru agar dunia sentiasa berdiri bersama-sama dalam menegakkan kemanusiaan.
Faizal menyatakan hasratnya, “Setiap dari kita ada peranan masing-masing. ‘Biar Satu Dunia Tahu’ adalah usaha kami untuk terus bersuara dan dalam masa-masa sukar seperti ini, doa dan sokongan dari kita semua adalah sangat penting. Melalui muzik, kami berharap agar solidariti ini dapat menjangkau lebih ramai orang dan menggerakkan sesuatu yang positif bagi membantu rakyat Palestin.”
Faizal Tahir dan Mirwana menekankan bahawa “Biar Satu Dunia Tahu” bukan sekadar lagu dan hiburan, tetapi satu panggilan untuk kita semua agar terus berdiri bersama dalam mengekalkan kemanusiaan. Lagu ini adalah satu pengingat kepada kita bahawa sebagai manusia, kita sentiasa perlu bersikap konsisten dalam mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan.
“Biar Satu Dunia Tahu” telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Mac lalu dan boleh didengar di semua platform muzik digital. Sementara Video Muzik pula juga boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir.
Berita
Neelofa, PU Riz, Bell Ngasri dan Bront Palarae Bakal Kejut Peminat Bersahur Melalui Aplikasi TheNoor
Diterbitkan
pada
March 14, 2024Aplikasi Islamik TheNoor memperkenalkan ciri kejut sahur kepada pengguna aplikasinya yang diberi nama Ramadan Wakeup Call. Ciri ini diperkenal bagi membolehkan pengguna aplikasi membuat tetapan bangun sahur mengikut masa yang ditetapkan dengan menggunakan suara selebriti pilihan.
Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh memilih suara selebriti mana yang akan digunakan sebagai suara yang akan mengejut sahur. Terdapat empat selebriti yang dipilih untuk meminjamkan suara mereka bagi tetapan suara ciri kejut sahur ini iaitu Neelofa, PU Riz, Bront Palarae dan Bell Ngasri. Jika pengguna memilih ‘Surprise Me’, maka pemilihan suara akan dibuat secara rawak.
Apabila sampai masa yang telah ditetapkan, pengguna akan menerima notifikasi yang akan ditekan untuk dibawa ke antaramuka seolah-olah sedang menerima panggilan telefon.
Pengguna boleh memilih untuk menekan Terima (Accept) atau Tutup (End). Jika pengguna memilih Terima, maka pengguna akan mendengar rakaman suara selebriti yang telah dipilih sewaktu tetapan.
Pastinya ciri kejut sahur yang diberi nama Ramadan Wakeup Call ini memberi keterujaan baharu untuk pengguna sedia ada aplikasi TheNoor dan pengguna baharu untuk mencuba ciri kejut sahur ini yang baru diperkenalkan hari ini.
Sumber: Facebook TheNoor, Amanz.my
iklan2
“Saya cipta lagu Jangan Risau untuk bantu orang yang anxiety…” – Ustaz Adnin Roslan
“Ayah penyanyi, anak mesti boleh nyanyi juga. Tapi bagi Fathi…” – Ada Pihak Cuba Banding Suara Fathi Saleem dengan Faizal Hijjaz
Bulan Keberkatan, Peluang Berganda Buat Artis Nasyid – Epal Pedas
Trending
-
Info Nasyid10 years ago
7 Artis Cetus Fenomena Luarbiasa Di Malaysia
-
Berita5 years ago
Shahida Ajak Aliff Syukri Duet Lagu Agama Kedamaian (Deen Assalam)
-
Berita5 years ago
Raudhatul Jannah juara Pendakwah Muslimah 2018
-
Berita5 years ago
TV Alhijrah Umum Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Baru
-
Berita5 years ago
Showcase Lah Ahmad Disember Ini, Adeep Nahar Buat Penampilan Khas
-
International5 years ago
Full Text of Statement by Tun Dr Mahathir at the 73rd UNGA
-
Berita5 years ago
Netizen Terkesan Dengan Lakonan Halim, Ardell Aryana Dalam Video Muzik Kekasih
-
Berita6 years ago
Bunga Altimet bukan sebarang bunga