Connect with us

Berita

Nazeel Azami’s New Song

Diterbitkan

pada

On 14th May 2014, Nazeel Azami hinted on a new surprising song on his Facebook page. This news has been confirmed true with the appearance of a new cover page on his Facebook page.

After his five year hiatus ended in the year 2013, and a somewhat a quiet activity for the past few months, this brand new news is very much a welcomed surprise for his fans alike.

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

“Saya cipta lagu Jangan Risau untuk bantu orang yang anxiety…” – Ustaz Adnin Roslan

Diterbitkan

pada

Aniq Muhai dan Ustaz Adnin Roslan. Jangan Risau. Sumber: Tarbiah Sentap Records.

Tidak mahu tampil dengan karya tipikal dan tidak bermaya, gandingan penyanyi dan pendakwah muda, Aniq Muhai dan Ustaz Adnin Roslan hadir dengan kelainan di dalam single baharu mereka “Jangan Risau”. Berbeza dengan lambakan karya nasyid sedia ada, “Jangan Risau” membawakan irama nasyid yang rancak dan energetik, sesuai dengan citarasa pendengar masa kini. 

Mengulas tentang perkara ini, Aniq Muhai berpendapat, lagu-lagu dakwah perlu diberikan nafas baru agar kekal relevan. 

“Kita nak pecahkan stereotaip masyarakat yang dakwah ni tak semestinya kena lagu bemelodi yang tidak rancak ataupun melankolik sahaja. Sebenarnya banyak mesej-mesej dakwah yang boleh disampaikan dalam rentak dan mood yang lebih ceria. 

“Irama dan melodi seperti ini lebih mudah diterima oleh pendengar mungkin kerana mood lagunya yang lebih santai dan happy. 

“Percubaan pertama saya lakukan dengan lagu ‘Kun Qowiyyan’ tahun lepas menampakkan hasil. Kejayaan itu saya bawa ke dalam lagu Jangan Risau pula. 

Sehingga kini lagu Kun Qowiyyan terus mendahului Carta Nasyid Zayan setiap minggu selain pernah trending di YouTube Malaysia di awal kemunculannya tahun lalu. 

“Mungkin sudah tiba masanya kita berikan nafas baru dalam penyampaian dakwah dan sebarkan positiviti dalam lagu.

Turut berkolaborasi bersama Aniq Muhai ialah komposer dan pencipta lagu “Jangan Risau”, ustaz Adnin Roslan. 

Menurut komposer dan pempengaruh media sosial itu, beliau mencipta “Jangan Risau” bagi menggambarkan cabaran yang dihadapi oleh mereka yang berhadapan anxiety. 

“Saya cipta Jangan Risau untuk bantu orang yang anxiety, yang terlebih memikirkan benda yang belum tentu terjadi. Kerana kerap fikir benda yang akan datang, membuatkan kita takut untuk buat keputusan dan buat pilihan hidup.

Jelas pendakwah muda itu, keadaan dan situasi itu menyebabkan terjadinya kecelaruan serta gangguan dalam hidup. 

“Perasaan risau berlebihan ini akan buatkan kita semakin stress dan susah nak maju kehadapan. 

“Sebab itu saya cipta lagu dengan rentak sebegini. Lagu sedih, melayan perasaan dah banyak dipasaran. Why not buat lagu happy untuk buat orang tersenyum dan dapat kekuatan darinya.

Turut menjadi keunikan di dalam single terbaru ini apabila watak kameo ustaz Adnin Roslan di dalam music video ini dinyanyikan oleh penyanyi yang juga rapper, Albert Rahim. 

“Jangan Risau” merupakan sebuah karya yang memaparkan mesej yang positif dan menginspirasi kepada semua pendengar. Lagu ini mengajak pendengar untuk tidak bimbang dan sentiasa yakin dengan hikmah dan takdir yang Allah SWT berikan. 

Melalui lirik yang santai dan irama yang ceria, “Jangan Risau” terbitan Tarbiah Sentap Records itu diharapkan dapat menjadi lagu yang memberikan ketenangan dan kekuatan kepada setiap pendengar.

Continue Reading

Berita

Biar Satu Dunia Tahu – Solidariti Faizal Tahir dan Mirwana Untuk Palestin

Diterbitkan

pada

Biar Satu Dunia Tahu - Faizal Tahir & Mirwana. Sumber: Faithful Music

Bermula dari niat dan tujuan yang sama, Faizal Tahir dan Mirwana sekali lagi bergabung tenaga dalam sebuah lagu bertajuk “Biar Satu Dunia Tahu.” Kolaborasi ini bukan sekadar mempersembahkan gabungan elemen muzik moden dan gubahan suara yang unik, tetapi juga menyuarakan sokongan yang berterusan untuk rakyat Palestin dalam suasana genting yang mereka hadapi.

Ditulis oleh Fahimi Rahmat, Firdaus Rahmat & Faizal Tahir sendiri, “Biar Satu Dunia Tahu” merupakan sebuah karya yang membawa mesej kesatuan dalam menghadapi musuh dan ketidakadilan dunia hari ini. Liriknya menggambarkan keperihatinan terhadap nasib rakyat Palestin dan menyeru agar dunia sentiasa berdiri bersama-sama dalam menegakkan kemanusiaan.

Faizal menyatakan hasratnya, “Setiap dari kita ada peranan masing-masing. ‘Biar Satu Dunia Tahu’ adalah usaha kami untuk terus bersuara dan dalam masa-masa sukar seperti ini, doa dan sokongan dari kita semua adalah sangat penting. Melalui muzik, kami berharap agar solidariti ini dapat menjangkau lebih ramai orang dan menggerakkan sesuatu yang positif bagi membantu rakyat Palestin.”

Faizal Tahir dan Mirwana menekankan bahawa “Biar Satu Dunia Tahu” bukan sekadar lagu dan hiburan, tetapi satu panggilan untuk kita semua agar terus berdiri bersama dalam mengekalkan kemanusiaan. Lagu ini adalah satu pengingat kepada kita bahawa sebagai manusia, kita sentiasa perlu bersikap konsisten dalam mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan.

“Biar Satu Dunia Tahu” telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Mac lalu dan boleh didengar di semua platform muzik digital. Sementara Video Muzik pula juga boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir.

Continue Reading

Berita

Neelofa, PU Riz, Bell Ngasri dan Bront Palarae Bakal Kejut Peminat Bersahur Melalui Aplikasi TheNoor

Diterbitkan

pada

Aplikasi Islamik TheNoor memperkenalkan ciri kejut sahur kepada pengguna aplikasinya yang diberi nama Ramadan Wakeup Call. Ciri ini diperkenal bagi membolehkan pengguna aplikasi membuat tetapan bangun sahur mengikut masa yang ditetapkan dengan menggunakan suara selebriti pilihan.

Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh memilih suara selebriti mana yang akan digunakan sebagai suara yang akan mengejut sahur. Terdapat empat selebriti yang dipilih untuk meminjamkan suara mereka bagi tetapan suara ciri kejut sahur ini iaitu Neelofa, PU Riz, Bront Palarae dan Bell Ngasri. Jika pengguna memilih ‘Surprise Me’, maka pemilihan suara akan dibuat secara rawak.

Apabila sampai masa yang telah ditetapkan, pengguna akan menerima notifikasi yang akan ditekan untuk dibawa ke antaramuka seolah-olah sedang menerima panggilan telefon.

Pengguna boleh memilih untuk menekan Terima (Accept) atau Tutup (End). Jika pengguna memilih Terima, maka pengguna akan mendengar rakaman suara selebriti yang telah dipilih sewaktu tetapan.

Pastinya ciri kejut sahur yang diberi nama Ramadan Wakeup Call ini memberi keterujaan baharu untuk pengguna sedia ada aplikasi TheNoor dan pengguna baharu untuk mencuba ciri kejut sahur ini yang baru diperkenalkan hari ini.

Sumber: Facebook TheNoor, Amanz.my

Continue Reading

Trending