Kolum
0 comments

7 Fakta Menarik Tentang Radio IKIM.FM

by on July 7, 2015
 

Tanggal 6 Julai 2001 merupakan tarikh keramat bagi industri nasyid tanah air apabila sebuah stesen radio berteraskan Islam, IKIM.FM lahir dikala lagu-lagu nasyid kurang mendapat tempat di dalam siaran radio komersial. Kehadiran stesen radio IKIM.FM adalah suatu berita yang amat dinantikan oleh rakyat Malaysia khususnya bagi para peminat nasyid, memandangkan pilihan alternatif yang sedia ada tidak menepati citarasa pendengar yang inginkan hiburan yang bersih dan mendidik jiwa.

Sebagai sebuah stesen radio yang berteraskan Islam, IKIM.FM telah berjaya memberikan sumbangan yang signifikan dalam mengangkat martabat industri nasyid tanah air. Hal ini terbukti menerusi Carta Nasyid IKIM dan penganjuran malam Anugerah Nasyid IKIMFM.

Bersempena dengan ulangtahun ke-14 IKIM.FM, kami ingin kongsikan 7 fakta menarik mengenai stesen radio yang telah menjadi pilihan utama anda selama ini.

Jom kita mulakan!

  • Stesen radio IKIM.FM merupakan satu-satunya stesen radio islamik di Malaysia yang bersiaran selama 24 jam setiap hari. Memandangkan IKIM.FM didengari oleh para pendengar dari seluruh dunia, ianya satu langkah yang logikal bagi mereka untuk bersiaran sepanjang hari bagi memenuhi ruang waktu pada zon masa yang berbeza.
  • Di Malaysia, radio IKIM.FM menjadi stesen radio pertama yang beroperasi menggunakan sistem digital sepenuhnya.
  • Setelah 14 tahun bersiaran, hari ini radio IKIM.FM memiliki sejumlah pendengar yang terdiri dari lebih 100 buah negara seluruh dunia.
  • Lagu Jangan Takut Gelap nyanyian Shafa Tasya Kamila dan Duta SO7 merupakan antara lagu yang kerap dimainkan pada waktu malam diawal kemunculan IKIM.FM. Penyanyi cilik yang berasal dari Indonesia itu kini sudah berumur 23 tahun.

  • Jumlah pendengar IKIM.FM setiap minggu telah mencecah sehingga 738,000 orang pendengar. Ini bersamaan dengan 4% daripada jumlah keseluruhan pendengar stesen radio melayu bagi tahun 2015 iaitu sebanyak 56.3%. (sumber: Nielsen)
  • 31% pendengar radio IKIM.FM adalah dari kelompok pelajar dan penuntut universiti. Data yang dikeluarkan oleh syarikat Nielsen ini membuktikan stesen radio IKIM.FM masih relevan untuk pendengar generasi muda. Sekiranya anda bukan dalam lingkungan umur tersebut, percayalah bahawa sesungguhnya anda memiliki jiwa dan semangat seperti seorang pemuda.
  • Sebelum kewujudan radio IKIM.FM, frekuensi 91.5 pernah digunakan oleh stesen radio swasta Red FM sebelum berpindah ke frekuensi 104.9 pada tahun 1999.

Itulah sedikit sebanyak info dan fakta menarik yang sempat kami kumpulkan buat tatapan pembaca Munsyeed mengenai stesen radio pilihan utama rakyat Malaysia. Sepanjang 14 tahun beroperasi, pasti ada pelbagai kenangan pahit dan manis dikalangan staff dan pendengar IKIM sendiri.

Semoga ulangtahun kali ini akan menjadikan radio IKIM.FM lebih matang, kompetitif dan sentiasa relevan di hati pendengar seluruh dunia.

ulangtahun ikim

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response